Penjawat awam meninggal dunia, kereta rempuh pokok
23:11 Nov 19, 2021  |  By SabahKini2
Penjawat awam meninggal dunia, kereta rempuh pokok

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, hasil siasatan mendapati, semasa kejadian itu mangsa dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pulang ke rumahnya di Kampung Melabau. Semasa berada di lok

BEAUFORT: Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dipandu terbabas sendiri sebelum merempuh pokok di Jalan Limbawang Bypass kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Benard Kimbiat, 51 dipercayai meninggal dunia dalam kejadian jam 11.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati, semasa kejadian itu mangsa dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pulang ke rumahnya di Kampung Melabau.

“Semasa berada di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya semalam.

Beliau berkata kenderaan mangsa kemudiannya merempuh sebatang pokok dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaannya.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa yang seorang penjawat awam disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.

“Kenderaan yang dipandu mangsa juga mengalami kerosakan teruk iaitu remuk bahagian depan,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian COVID-19.

“Setakat ini tiada sebarang unsur-unsur khinat atau jenayah yang dikesan dalam kes ini namun siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Comment