SPRM Sahkan Singapura pulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti
02:11 Nov 20, 2021  |  By SabahKini2
SPRM Sahkan Singapura pulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti

Disember 2020 Zeti menafikan suami dan anaknya terima wang 1MDB namun kini SPRM sahkan terima wang itu daripada akaun syarikat milik suami Zeti Datuk Tawfiq Ayman. Bukankah ini salah guna kuasa kerana Zeti Gabenor Bank Negara ketika itu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan Singapura telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

SPRM mendedahkan telah berjaya mendapatkan dana berkenaan walaupun tidak mendedahkan tarikh dana itu dipulangkan.

Menurut SPRM dana AS$15.4 juta tersebut telah dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries Ltd, yang dikatakan milik bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh.

Zeti sebelum ini menafikan suami atau keluarganya menerima dana 1MDB dan mendakwa tuduhan itu sebagai palsu dan berniat jahat.

Sekitar disember tahun lalu suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka sebagaimana akuan berkanun yang ditandatangani mereka pada Mac 2019.

Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui pemilik akaun itu. Ia menunjukkan Conflict of Interest Zeti sebagai bekas Gabenor BNM apabila keluarganya menerima wang Jho Low itu.

SD tular dilaporkan sebagai tulen menurut peguam Sham Sunder Vikyomal yang menandatangani dokumen itu.

Najib dan pemimpin politik termasuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim pernah mendesak Zeti agar menjelaskan SD keluarga Zeti dan wang lebih RM100 juta itu

Pendedahan dalam SD mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow, yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.

Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti MENGAKU menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.

Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti BERSETUJU menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.

Menurut SD itu lagi mereka bersetuju untuk MEMULANGKAN wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura MENGGUGURKAN siasatan.

SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

[ARTIKEL BERKAITAN- SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta! ]

 

Antara SD yang tular dan dinafikan Zeti

Bagaimanapun media SPRM itu hanya mengesahkan suami dan anak- anak Zeti memulangkan USD 15.4 juta (RM65 juta) daripada RM100 juta. 

Dengan pengesahan SPRM ini ia membuktikan Tan Sri Dr Zeti selaku bekas Gabenor Bank Negara mengetahui dana 1MDB itu atau mungkin diluluskan ketika beliau sebagai Gabenor.

Najib sebelum ini berusaha mendapatkan antaranya dokumen perbankan melibatkan keluarga Zeti yang menunjukkan keluarga Zeti menerima wang daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low itu namun mahkamah menolak permohonannnya.

 

 

 

 

5 Comments