BN menang 21 daripada 28 DUN di Melaka, calon katak 'dikuburkan'
09:11 Nov 21, 2021  |  By SabahKini2
BN menang 21 daripada 28 DUN di Melaka, calon katak 'dikuburkan'

BN menang majoriti 2/3 di PRN Melaka. PH menang 5 dan PN 2 kerusi. PKR-PH melingkup dalam PRN Melaka gara-gara calon 'Katak' bertanding. Idris Harun dan Noor Azman melopong kerana khianat

Barisan Nasional menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka – kemenangan yang memberikan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Kemenangan bergaya BN itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Terdahulu, gabungan itu dilaporkan dapat majoriti mudah pada 9.42 malam.

MCA menang dua kerusi manakala MIC menang satu kerusi.

Di pihak Pakatan Harapan pula, PKR tewas di semua 11 kerusi yang ditandingi. DAP menang empat kerusi manakala Amanah menang Bukit Katil, yang dipertahankan oleh bekas ketua menteri, Adly Zahari.

Sementara itu, Bersatu menang dua kerusi bagi Perikatan Nasional.

PH hanya menang di DUN Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Kesidang dan Bukit Katil.

Empat daripada kerusi itu diwakili calon DAP, manakala kerusi Bukit Katil dimenangi wakil AMANAH, Adly Zahari.

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 112 calon menyertai gelanggang. Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan – yang pernah berseteru atau bersekutu pada suatu ketika.

Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang bertanding bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang menang 13 kerusi.

Pemimpin yang dicop sebagai ‘Katak’ dalam PRN Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas Ketua Menteri BN turut dibungkuskan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bersama rakannya Datuk Noor Azman Hassan yang menyertai AMANAH di DUN Pantai Kundor.

Calon Ketua Menteri Melaka dari PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di DUN Tanjung Bidara juga turut ditanam di Kawasan Parlimen sendiri apabila tewas kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) dengan hanya 3,195 undi

KEPUTUSAN RASMI

 

10 Comments