Kalah teruk di Melaka jangan jadikan PKR Parti Wala'un Anwar Ibrahim
09:11 Nov 21, 2021  |  By SabahKini2
Kalah teruk di Melaka jangan jadikan PKR Parti Wala'un Anwar Ibrahim

PKR -PH tewas teruk di PRN Melaka kerana 'katak berprinsip'. Anwar seharusnya dipertanggungjawabkan atas kekalahan teruk PH ini. PKR tidak wajar dijadikan Parti Wala'un Anwar Ibrahim

By Nami Cob Nobbler

Keputusan pilihanraya negeri Melaka telah menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional pasca tsunami politik 2008.

Sejak 2008, gabungan pembangkang yang dipanggil Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan dikatakan menjadi sebuah gabungan yang mampu menyaingi Barisan Nasional, sehingga tahun 2018 yang pada akhirnya berjaya mencatat sejarah menubuhkan kerajaan dan menumbangkan gabungan yang telah memerintah negara sejak merdeka.

Dan Parti Keadilan Rakyat dikatakan sebagai tunggak kepada kekuatan gabungan ini, walaupun ada yang kata DAP, tapi hakikatnya DAP yang wujud sejak 1960an tidak mampu menggerakkan massa yang besar, sebesar Reformasi 1998, dan mengasaskan Parti Keadilan Rakyat.

Kali pertama parti itu bertanding pilihanraya adalah pada tahun 1999, dan menjadi tunggak kepada Barisan Alternatif. Malangnya, BA tak mampu bertahan lama, kerana ideologi PAS dan DAP yang saling bercanggah, dan KeADILan masa itu belum cukup kuat.

Menjelang tahun 2004, gelombang Pak Lah hampir melenyapkan PKR, dengan DAP bergerak sendirian dan BA menjadi serpihan kapal yang pecah dalam gelombang itu.

Kejayaan Pak Lah menang besar tahun 2004 itu membuatkan Barisan Nasional menjadi terlalu selesa dan bongkak, serta tidak berdepan dengan realiti yang didepani oleh rakyat, menyebabkan tsunami politik memukul Barisan Nasional dan beberapa tokoh dalam BN seperti Shahrizat Jalil, Samy Vellu, Koh Tsu Koon dan Ong Ka Ting lenyap dalam hanyutan tsunami politik itu.

Sejak itu, PKR, DAP dan PAS menemui rentaknya dan mula menjadi sebuah force dalam politik yang mampu menyaingi Barisan Nasional. Long with those days yang mana BN confirm menang 2/3 dan ahli parlimen dan ADUN BN boleh berseronok dan bersantai, kekuatan Pakatan Rakyat sejak 2008 menjadikan seorang ahli parlimen mengalami kesukaran untuk membuat perkara jahat.

Kalau dulu ahli parlimen atau ADUN BN mampu buat jahat dan mana-mana akhbar yang melaporkan cerita itu akan digam atau editor akhbar akan dicampak ke ISA, zaman sudah berubah pada era selepas Pakatan Rakyat 2008. Internet merupakan pemecah dominasi media massa dan kerajaan sudah tidak mampu mengawal lagi maklumat seperti dulu.

Dan pada tahun 2008 ini Anwar Ibrahim kembali ke arena politik selepas dipenjara dan dihalang dari aktif selepas dibebaskan pada tahun 2004. Maka pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan 'comeback' Anwar selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 10 tahun sebelum itu.

Kehadiran comeback Anwar itu umpama macam rock star dalam politik Malaysia, yang kemudian menyaksikan dia berjaya menjadi ketua pembangkang yang berkarismatik di Parlimen.

Tetapi - ada tapinya, ketika itu, ramai orang termasuk aku memberi undi kepada pembangkang untuk mengajar Barisan Nasional yang alpa pada ketika itu, dan apabila Anwar mengajukan Langkah 16 September, aku mula tarik handbrake untuk menyokong beliau.

Sejak idea 16 September itu berlaku, maka wujudlah budaya katak ini, walaupun katak pertama ialah dua ADUN Perak yang melompat menjadi ahli bebas yang mesra Barisan Nasional pada tahun 2009.

Tetapi selepas bersaranya Pak Lah dan berganti Najib, dua personaliti ini yang satu ketika pernah menjadi gandingan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, mula bersaing dalam politik hingga PRU13.

Maka PRU13 pada aku adalah the best shot for Anwar untuk jadi PM. Spoiler alert, he doesn't. Cakaplah pengundi hantu ke, pengundi Bangladesh ke, dia tak jadi PM.

Sebelum PRU14, dia dipenjarakan sekali lagi atas isu Saiful Bukhari, dan Pakatan Rakyat dalam keadaan huru-hara selepas peristiwa Langkah Kajang.

Dan kemudian, muncullah Palpatine Apanama, masuk dalam Pakatan dan rebrand jadi Pakatan Harapan, dan jadi ketua gabungan itu. Ini macam budak baru pindah ke kawasan rumah baru, nampak gangster kat kawasan tu, tapi budak baru tu terus takeover leadership gangster dan jadi abanglong kawasan.

Dan selepas PRU14, Palpatine Apanama membebaskan Anwar untuk menjadi bidik caturnya dengan memecahbelahkan PKR dengan tercetusnya perang saudara Rafizi vs Azmin serta memungkiri janjinya untuk hanya jadi PM untuk sekadar menstabilkan keadaan selepas PRU14.

Kemudian berlaku Langkah Sheraton, Palpatine keluar dari Pakatan Harapan, dan boyfriend Haziq dan puak kartelnya pula keluar dari PKR dan menyertai PPBM.

Anwar kemudian mengambil alih semula Pakatan Harapan, yang jatuh teruk akibat diporak perandakan Palpatine Apanama. Akibatnya, Pakatan Harapan turun ke PRN Melaka dalam keadaan yang rapuh, serta rekod pemerintahan yang calar balar akibat dipunahkan Palpatine Apanama.

PRN Melaka- 'Katak Berprinsip'

Dalam keputusan PRN Melaka, daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PH, mereka cuma menang 5 kerusi. Daripada 3 kerusi yang PKR menang pada 2018, mereka tidak menang satupun kerusi dalam PRN Melaka, walaupun bertanding 11 kerusi.

Bukti Anwar beli Idris, Noor Azman, Noorhisham dan Efendy tarik sokongan kepada BN
akhirnya semua jadi sampah!

Semua sebab Anwar Ibrahim, seperti Langkah 16 September, beliau tidak kisah dengan Langkah Four Frogsmen yang menjadi punca mengapa PRN Melaka ini berlaku.

Malangnya kali ini, political blunder ini terlalu besar untuk disorokkan, dan segala kuntau dan auta seperti 'katak berprinsip' yang kedengaran bodoh dari kalangan pengundi di Melaka.

Akibatnya, melihat keputusan PRN Melaka, semua calon PKR tumpas, termasuklah sang ketua katak bernama Idris Haron. Dan yang menjemput katak ini adalah Anwar Ibrahim. Maka Anwar seharusnya dipertanggungjawabkan atas kekalahan teruk PH ini.

Dan pada aku, PH dan PKR perlu move on dari Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dah dalam politik sejak 1982, sudah dilihat terlalu lama dalam politik. Dan dia bukan insan sakral atau dewa. Dia juga manusia biasa.

Asas falsafah perjuangan PKR ialah reformasi politik untuk idea-idea progresif. Tetapi apabila parti ini mempunyai satu pemimpin sejak 1998, maka ia sudah tidak lagi progresif.

Kalau PKR nak dilihat sebagai juara reformasi dan idea progresif, maka langkah pertama parti itu ialah tidak menjadikan parti itu sebagai Parti Wala'un Anwar Ibrahim.

Dan kalau aku ahli PKR, aku rasa dah boleh keluar hashtag #AnwarOut, macam fan Manchester United lakukan kepada lagenda mereka Ole Gunnar Solskjaer.

Jalan terbaik ialah Anwar bersara dari politik, dan dia akan kekal sebagai lagenda PKR. Sebab menerima empat ekor katak itu sebenarnya adalah satu tamparan hebat buat penyokong PKR yang bencikan korupsi dan pengkhianatan politik.

Adakah Anwar tidak belajar dari Langkah Sheraton atau Perak Move? Dan kalau Anwar ini sudah jadi beban kepada parti, baik dia bersara, kalau dia sayangkan nilai-nilai yang diperjuangkannya di dalam parti.

Walaupun aku bukan ahli PKR, tapi kesedaran politik aku bermula dari Reformasi, di mana politik aku ialah 'apa sahaja yang bertentangan dengan Palpatine Apanama'. Dan aku harap PKR jadi kuat kembali untuk jadi force, untuk jadi kuasa semak dan imbang kepada Barisan Nasional. Sebab itu penting dalam kesuburan demokrasi negara kita.

Total BN kuat pun tak bagus juga untuk negara ni. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang ada pembangkang yang sentiasa peka dengan kelemahan pemerintah.

 

3 Comments