Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi
17:11 Nov 21, 2021  |  By SabahKini2
Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi

Apa janji kencing Guan Eng kepada Sabah Sarawak? Beri royalti 20%, hasil cukai 40% dan autonomi bagai. Apa jadi? 22 bulan Sabah Sarawak di 'kencing' PH. Kini datang lagi mengencing ke Sabah!

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang kini berada di Sandakan mendakwa, Sabah dilayan dengan lebih buruk bawah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, negeri itu hanya menerima 6.9% daripada perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2022, berbanding 9.3% bawah Pakatan Harapan (PH) wal hal ketika PH memerintah Lim Guan Eng hanya memberi RM5 bilion saja dalam bajet 2019 dan 2020.

Dalam ucapannya pada konvensyen DAP Sabah di Sandakan, Lim mempersoalkan berapa banyak Bumiputera Sabah yang miskin akan dapat daripada wang yang diperuntukkan untuk pembangunan Bumiputera dalam bajet persekutuan, berbanding Bumiputera di Semenanjung.

Lim Guan Eng lupa janji-janji kosong PH sebelum berkuasa untuk memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak terutama janji royalti minyak 20% dan 40 peratus hasil cukai. Ke mana semua janji-janji itu?

Lim Guan Eng boleh mendengar sendiri tentang janji manisnya seperti dalam video ini.

Ingat ini janji yang dikencing Lim Guan Eng

Selepas berkuasa semuanya dicapati oleh Lim Guan Eng dan PH. Sekarang ketika tidak menjadi Menteri Kewangan Guan Eng berlagak kononnya Sabah mendapat layanan buruk Kerajaan Pusat sedangkan bajet tahunan masih kekal lebih RM5 bilion setahun. 

Pada penghujung tahun 2019 rakyat Sarawak tentu tak lupa  tentang penghinaan Lim Guan Eng Menteri Kewangan itu kononnya Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta. Oleh kerana Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar bayarlah hutang dahulu kepada kerajaan Persekutuan. 

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri ketika Hari Malaysia mengumumkan peruntukan berjumlah RM7.7 bilion, iaitu RM3.61 bilion kepada Sabah dan RM4.09 bilion kepada negeri Sarawak disediakan bagi pelaksanaan (program) JENDELA sepanjang tempoh RMK12.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah RM4.66b, Sarawak RM4.47b peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12- PM ]

Lim Guan Eng lupa pencapaian teruk ekonomi Sabah sejak Mei 2018 selepas PRU-14 di bawah Shafie Apdal, Warisan dan bantuan Pakatan Harapan.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai statistik pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia tahun 2019 jelas menunjukkan kedudukan teruk ekonomi Negeri Sabah sejak Kerajaan Warisan memerintah.

Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling rendah antara semua negeri-negeri dalam Malaysia.

Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5% sekaligus mencipta rekod Warisan menjunamkan ekonomi Sabah.

Selepas Kerajaan Warisan PH mengambil alih pemerintahan Sabah 12 Mei 2018, pencapaian tahun 2018 hanya 1.5% juga catatan paling rendah antara semua negeri.

Kemiskinan Sabah- Zaman Warisan

Mengikut data Jabatan Statistik Malaysia, pada tahun 2019, Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia (19.5%), jauh lebih tinggi dari jumlah kemiskinan mutlak Malaysia (5.6%) (atau 1 daripada 5 isi rumah Sabah adalah miskin)

Pada masa yang sama, 8 daripada 26 daerah pentadbiran Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 30%. Manakala daerah Tongod dan Pitas mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 50%!

[ARTIKEL BERKAITAN- 26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap ]

26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap

Daerah miskin di Sabah 2019 zaman Warisan-PH

Rakyat Sabah bersyukur PN dan BN memenangi pilihan raya negeri dan berusaha untuk bangkit Kembali dari pemerintah PH dan Warisan yang boleh memiskinkan negeri dan rakyat Sabah.

Oleh itu tuduhan Lim Guan Eng BN dan PN teruk adalah tidak benar kerana pemerintahan PH-Warisan sangat jauh lebih teruk lagi. Tidak timbul “sentimen perkauman dan ekstremis” dijadikan ukuran pemberian peruntukan bajet Sabah.  Semuanya berasaskan keperluan dan peruntukan sedia ada.

Lim  Guan Eng bising mengenai kebebasan beragama dan hak asasi tetapi lupa apa DAP buat sebelum PRN Melaka terhadap syarikat pengeluar arak Timah dan juga syarikat nombor ramalan milik orang Cina dan bukan Islam. DAP tidak dapat pun melindunginya apabila rakan PH pemimpin Amanah dan PKR menyerang pemilik kilang arak timah.

Kini Lim Guan Eng datang ke Sabah berlagak macam dia pandai tetapi DAP dan Warisanlah paling teruk di Sabah. 

 

 [ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Ketua Menteri ekonomi Sabah menjunam, jadi Menteri KKLW RM14.6B Sabah mundur! ]

 

 

3 Comments