Budak 3 tahun lemas di Pantai Kampung Bangau Kudat
16:11 Nov 22, 2021  |  By SabahKini2
Budak 3 tahun lemas di Pantai Kampung Bangau Kudat

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemui anggota bomba dan penduduk kampung berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang pada 4.25 petang.

KUDAT: Kegembiraan sebuah keluarga mandi-manda di Pantai Kampung Bangau, bertukar dengan tragedi selepas seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui lemas petang semalam.

Mayat mangsa ditemui anggota bomba dan penduduk kampung berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang pada 4.25 petang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, ia menerima panggilan kecemasan pada 3.13 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara permukaan di lokasi sekitar pantai berkenaan.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui pasukan SAR bersama penduduk kampung pada 4.25 petang dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Comment