PPM berjaya tumpas aktiviti bom ikan
17:11 Nov 22, 2021  |  By SabahKini2
PPM berjaya tumpas aktiviti bom ikan

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki berumur dalam lingkungan 8 tahun hingga 50 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupa

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean pada lewat pagi kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki berumur dalam lingkungan 8 tahun hingga 50 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap Bot jenis pun tersebut dan telah menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti Detonator, Botol Kaca, Mancis Kayu, hos, compressor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00. Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Comment