Catu air ikut Singapura, salahkan PTI curi air atau buang Edward Lingkapo Pengarah JANS?
18:11 Nov 23, 2021  |  By SabahKini2
Catu air ikut Singapura, salahkan PTI curi air atau buang Edward Lingkapo Pengarah JANS?

Edward Pengarah JANS akhirnya berkata akan terus mencatu air di Sepanggar ikut cara Singapura sehingga Jun 2022. Skrip paling tak tahan salahkan PTI curi air dan pam air Jetama terbakar.

Masalah air di Kota Kinabalu datang lagi. Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan telah meminta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo meletak Jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Sepanggar derita tiada air, Edward Pengarah sibuk Projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ratusan juta milik kroni! ]

Sudah banyak kali arahan dibuat, siri mesyuarat kabinet negeri juga menegur Edward Lingkapo agar menyelesaikan masalah air yang melanda. Peruntukan mengatasi bekalan air diberi, projek darurat dilaksana tetapi hasilnya mengecewakan.

Terbaru video tular penghuni University Utama Condominium (UUC) yang marah kepada pengurusan UUC Kembali menghangatkan suasana dan memeningkan kepala Edward Lingkapo.

Kali ini beliau tampil berhadapan media untuk menjawab isu air itu. Jika sebelum ini beliau bersandar kepada Pegawai Menteri JKR Sabah melindunginya kini kaedah itu tidak berapa sesuai lagi.

Skrip Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Edward Lingkapo sudah dijangka iaitu berjanji masalah bekalan air yang dihadapi penduduk 18 kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran dijangka pulih sepenuhnya hujung minggu ini.

Katanya, pembaikan dua pam di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 di Tuaran dijangka siap 28 Nov ini.

Alasannya Edward kali ini gangguan air itu akibat pam air di LRA Telibong 1 kendalian syarikat konsesi, Jetama Sdn Bhd terbakar pada 6 Nov lalu ekoran bekalan elektrik tidak stabil.

“Hal ini mengakibatkan pengeluaran air berkurang sebanyak 10 juta liter, sekali gus memberi kesan kepada lebih 30,000 pengguna yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan lori tangki disediakan JANS sejak enam bulan lalu,” katanya dalam sidang media di pejabat JANS.

JANS hanya mampu mencatu air

Edward berkata, catuan air terus dilakukan beberapa bulan lalu sejak krisis air berlaku dan ia dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini, tetapi JANS akan meneruskan inisiatif berterusan menghantar air yang kebiasaan dibuat pada waktu bekerja.

“Namun, ia sedikit terganggu berikutan masalah kekurangan air sebanyak 10 juta liter di bandar raya utara (Kota Kinabalu) ini, selain kerosakan pam yang menjejaskan lebih kurang 40,000 penduduk di sekitar kawasan ini.”

Antara kawasan terlibat dengan pengagihan air termasuk University Utama Condominium, University Condo Apartment 2, Bandar Sierra, Taman Flamingo, Taman Bukit Sepanggar, Pusat Integrasi Penghuni Hutan Tuaran, Taman Putramas Telipok, Sekolah Sri Nangka, Hospital Tuaran dan Apartment Seri Maju.

Edward berkata, catuan air dijangka diteruskan sehingga tahun depan apabila dua projek pembinaan Skim Bekalan Air Segera di LRA Telibong 1 dan 2 siap pada Jun 2022.

“Catuan air ini akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan disebabkan pengeluaran air masih tidak mencukupi.

“Oleh itu, JANS mengambil langkah serta-merta dengan membina pam yang mampu menyalurkan 15 juta liter air sehari, iaitu lima juta liter di LRA Telibong 1 dan 10 juta liter di Telibong 2.”

Edward tiru catuan air Singapura

Edward menyarankan JANS menggunakan kaedah catuan Singapura. Katanya di Singapura, penggunaan air dihadkan kepada 160 liter sehari bagi seorang individu untuk mengurangkan kos kerana harga air sangat mahal di sana.

“Jadi kita meminta kepada pengguna supaya berjimat atau mengurangkan penggunaan air. Kalau semua pengguna dapat melaksanakan perkara ini, kita dapat memastikan bekalan sentiasa ada di semua kawasan sepanjang tempoh catuan,” katanya

Salahkan PTI, Setinggan curi air

Kaedah seterusnya Edward menyalahkan kes kecurian air semakin meruncing di Sepanggar. Menurut Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menganggarkan sebanyak enam hingga lapan juta liter air dicuri setiap hari di sekitar Sepanggar.

Menurutnya kejadian kecurian air berlaku di kawasan Sepanggar adalah berpunca kerana kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau setinggan yang didiami oleh warga asing atau tempatan yang menggunakan air secara haram.

Susulan itu, beliau mengharapkan agar penguatkuasaan perlu dilakukan secara bersepadu bersama dengan beberapa agensi lain kerana terdapat beberapa perkara yang wujud bukan dibawah kendalian bidang kuasa jabatan JANS.

Persoalannya sampai bila masalah air di Sepanggar, Kota Kinabalu dan seluruh Sabah selesai? Bertukar 10 kerajaan lagi kah? atau sebenarnya tukar saja Edward Lingkapo Pengarah JANS lantikan Warisan terus mengemudi Jabatan Air. Edward dah gagal dan cuba orang lain pula untuk menyelesaikan tugasan.  

Sampai bila Pengarah JANS mahu menggunakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur air oleh JANS dilakukan melalui perolehan kecemasan tanpa melalui prosedur yang banyak atas dasar nama ‘kecemasan’. Akhirnya semua masalah di JANS dan aduan berkaitan masalah air dikategorikan sebagai kerja kecemasan. Apabila kecemasan kerja-kerja penyelenggaraan seperti paip bocor, pecah, kerosakan pam, pemindahan meter, pemeriksaan semula bacaan meter dan kes penyambungan air secara haram dikategorikan sebagai kerja kecemasan. Semuanya mendatangkan wang segera. 

Akhirnya kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja tersebut dibuat secara lantikan terus di bawah nilai kerja RM 20,000 oleh Jurutera Air Bahagian atau Daerah dalam kalangan syarikat kontraktor kelas F yang telah berdaftar di pejabat jurutera tersebut. Kos setiap kerja pula ditentukan berdasarkan Jadual Kadar Harga (JKH) yang disediakan oleh pihak JANS akhirnya  peluang dan ruang berlakunya ketidaktelusan dan penyelewengan dalam perolehan kerja-kerja kecemasan berlaku.

SPRM pernah menegur JANS tentang polisi kerja kecemasan ini. Mengapa semua kerja nak kena kecemasan atau Darurat? JANS dah tak ada kerja pembangunan tersusun ke menyelesaikan masalah seperti loji air, paip kerosakan pam, pemindahan meter dan lain-lain ni? Bila ada kecemasan maka duit segera dibelanjakan dan kontraktor segera dilantik berbanding tender atau sebut harga yang lambat.

Sebab itu Edward Lingkapo ni berani. Salah satu cara kerjanya ialah buat projek dulu- Sebut harga tanpa Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) dibuat. Lihat saja surat JANS/HQ (P&B)400-8/1/4JLD.6(283) bertarikh 28 Julai 2021 beliau mengarahkan Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah dan Pegawai Kerja Air Daerah meneruskan pemanggilan Sebutharga tanpa mengikut peraturan kewangan AP 54 Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) oleh Pegawai Pengawal.

AP 54 mesti diluluskan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Tapi Edward melakukan belanja dahulu kelulusan MOF kemudian. Maka kenyanglah kontraktor kroni kawasan meminta projek nanti. Dalam ertikata lain MOF pun tak tahu apa projek JANS lakukan atau bina. Buat dahulu kemudian saja kelulusan MOF. Katanya ini bukan amalan biasa hanya untuk menampung tunggakan bayaran AP 58 (a) sejak 2015. Apatah lagi masa Pandemik Covid-19 semua dibuat ala-ala permohonan AP55 Darurat. 

Ini masalah kalau melantik Pengarah JANS yang pernah direman SPRM. Tugas dia melanyak semua peruntukan. Kontraktor kroni hari-hari di pejabatnya. Tak lama lagi melingkuplah JANS.

LRA Telibong 1 kendalian syarikat konsesi, Jetama Sdn Bhd yang kontroversi itu asyik memberi alasan di bawah pemantauan Edward Lingkapo. Maklumlah dari CEO hingga ramai pegawai Jetama Sdn Bhd ramai lantikan  Warisan sebelum ini.  Amarjit bekas Pengarah JANS pun hidup bernyawa di Jetama sebelum ini sehingga tamat kontrak pun dibayar pampasan RM132 ribu

Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu

Apa yang Edward takut beri amaran kepada Jetama Sdn Bhd? Kalau jetama gagal dan asyik memberi alasan cadangkan saja kepada Kerajaan Negeri untuk diberi kepada konsesi lain. 

Sebenarnya Edward Lingkapo desakan untuk mengundurkannya namun dia tahu tidak mudah mengundurkannya. Yang Edward tahu lebih baik dia fokus untuk memberi projek kepada kroninya melalui peruntukan 'Kecemasan', melaksana projek Empangan Papar dan membina pejabat JANS secara swab land dengan syarikat pembuat terowong Pulau Pinang. Edward perlu segera menggadai tanah Gaya Park milik Jabatan Air Kota Kinabalu Sabah itu sebelum dia ditamatkan sebagai Pengarah JANS. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ]

Jadi apa dia peduli dengan masalah rakyat tiada air di Sepanggar dan seluruh Sabah. Projek kecemasan berjalan dan dalam masa sama projek berbilion ringgit juga berjalan.

Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

Masalah air nampaknya tak akan selesai sehingga tahun depan. Janji Edward ialah catu air dan mohon tangkap PTI curi air. Apa pilihan rakyat? sanggup tunggu catuan air atau mahu Edward Lingkapo Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah di tukar segera. Pilihlah..

 

7 Comments