Buang masa 12 tahun, Pengarah JANS kecam rakyat bantah Empangan Papar 'Demi Kroni'
18:11 Nov 25, 2021  |  By SabahKini2
Buang masa 12 tahun, Pengarah JANS kecam rakyat bantah Empangan Papar 'Demi Kroni'

Edward Pengarah JANS berkata Empangan papar terlewat 12 tahun kerana sikap rakyat yang menentang pembangunan. Dulu Warisan menentang Empangan Papar namun bila berkuasa meneruskannya. Lantik kontraktor kroni

Sekalipun ditentang habis-habisan oleh rakyat Papar tidak sekalipun melumpuhkan semangat dan aspirasi Warisan sebelum ini meneruskan pembinaan Empangan Papar apatah lagi Pengarah Jabatan Air Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo lantikan Warisan boleh meneruskannya

Menurut Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) itu kerajaan akan meneruskan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3 pembinaan Empangan Papar sebagai langkah jangka panjang mengatasi isu kekurangan bekalan air yang sedang dialami pengguna di bandar raya ini.

Menurut Ir Edward projek yang akan dilaksanakan di kawasan hulu Sungai Papar di daerah Papar itu, dimulakan selepas selesai kajian lapangan yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Ketika ini kerajaan sedang dalam proses untuk melantik juruperunding bagi melaksanakan kajian berkenaan yang dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan.

“Selepas kajian itu selesai, kita pasti sudah ada cara atau halatuju bagaimana untuk melaksanakan projek berkenaan,” katanya pada sidang media khas isu gangguan bekalan air, katanya.

Projek bernilai RM3 bilion itu dicadangkan sejak 2010 namun ditangguhkan berikutan bantahan pelbagai pihak, terutama penduduk di kawasan hulu Sungai Papar yang bimbang kehilangan tanah hak adat anak negeri (NCR) selain pembinaannya didakwa boleh merosakkan alam sekitar.

Pemimpin Warisan sebelum ini seperti Darell Leiking, Terence Siambun, Kenny Chua dan anak-anak Lasimbang menentang kuat pembinaan empangan ini namun selepas berkuasa menjadi Menteri Kabinet mereka sebaliknya ‘U-turn’ mempertahankan pembinaan empangan ini sebagaimana kata-kata Shafie akan menentang golongan anti empangan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

Ir Edward menegaskan pelaksanaan Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3 adalah fasa akhir rancangan bekalan air untuk kawasan Kota Kinabalu dan daerah sekitarnya dengan jangka hayat operasi empangan untuk memenuhi keperluan penduduk boleh bertahan sehingga 100 tahun.

Menurut Edward gangguan bekalan air yang serius di kawasan Kota Kinabalu sekarang tidak mungkin tidak berlaku jika tiada bantahan rakyat terhadap projek itu ketika kajian pertama dilaksanakan pada 2010.

“Ia sepatutnya mula dilaksanakan pada 2010 tetapi disebabkan bantahan, kita buang masa selama 12 tahun. Jika sebelum ini berjalan lancar, ia sepatutnya sudah siap lima tahun lalu,” katanya.

Ketika ini, lebih 30,000 pengguna berdaftar di Kota Kinabalu, terutama di kawasan utara bandar raya atau Sepanggar dan sekitarnya berdepan kekurangan bekalan air, berikutan kapasiti terhad Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 dan Telibong 2 di Tuaran yang menyalurkan bekalan ke kawasan terbabit.

Demi Wira Syukur kroni Warisan

Pada oktober 2019 terbongkar Kerajaan Warisan Wira Syukur (M) Sdn Bhd anak syarikat Vizione Holdings Bhd yang juga pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd projek Terowong bawah laut bernilai RM3bilion.

Ketika itu tular surat tawaran tunjuk minat  kontraktor bagi projek Empangan Papar ditandatangani oleh bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Amarjit Singh pada 10 oktober 2019 sedangkan dalam masa sama pada 09hb Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah. Ia memberi mesej Datuk Peter Anthony sangat terdesak meluluskan projek itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar]

Projek 'Land Swap'

Baru-baru ini Ir Edward Lingkap kantoi lagi apabila cuba memberi Projek Pembinaan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah Kaedah  'Land Swap' Dengan Syarikat Proksi Terowong Pulau Pinang – Wira Syukur Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd secara Rundingan Terus.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

 

Menjadi persoalan mengapa hanya kumpulan Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd dilantik oleh JANS? Apa istimewanya syarikat itu? Kerana pendapatan tahunan  pun kosong malah rugi. Nampak sangat syarikat baru ini hanya kulit sedangkan pelaksananya ialah kumpulan Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd

Apa yang mengikat Edward dengan Wira Syukur? Jika sebelum ini Amarjit Singh kini disambung oleh Edward.

 

 

6 Comments