Kes COVID-19 di Sabah turun ke bawah paras 500
17:11 Nov 26, 2021  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 di Sabah turun ke bawah paras 500

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 27 kes berbanding jumlah kes jangkitan yang direkodkan semalam.

KOTA KINABALU: Kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini kembali turun ke bawah paras 500 iaitu sebanyak 486 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 27 kes berbanding jumlah kes jangkitan yang direkodkan semalam.

“Kota Kinabalu kekal menjadi penyumbang utama dengan 100 kes, 28 kes lebih banyak daripada jumlah semalam.

“Tiga lagi daerah dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ iaitu Ranau, Tuaran dan Kota Belud mencatatkan penurunan kes baharu yang marginal kecuali Ranau yang turun 30 kes,” katanya hari ini.

Masidi berkata, setiap hari masyarakat diberi peringatan betapa perlunya semua rakyat mematuhi prosedur standard operasi (SOP) secara serius.

Katanya, jumlah kes melalui jangkitan sporadik terlalu tinggi dan ini bermakna jangkitan berlaku dengan begitu mudah.

“Kita tidak tahu siapa pembawa virus dan dimana serta bila jangkitan berlaku. Di Kota Kinabalu, 43 peratus daripada jumlah jangkitan baharu adalah melalui jangkitan sporadik, hampir 49 peratus di Penampang, 44 peratus di Kota Belud dan 77 peratus di Beaufort.

“Secara keseluruhannya peratusan bagi Sabah ialah 41 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, dua orang pesakit dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan empat orang adalah pesakit masih yang dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)” katanya.

1 Comment