Warisan, pembangkang tidak bawa kemajuan kata Mohamaddin
02:11 Nov 27, 2021  |  By SabahKini2
Warisan, pembangkang tidak bawa kemajuan kata  Mohamaddin

Mohamaddin berkata dia tak akan mampu bertahan 3 tahun lagi dalam Warisan sebagai pembangkang.

Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang menyertai Bersatu berkata, beliau tidak mampu membawa sebarang kemajuan kepada pengundi kawasannya jika terus menjadi wakil pembangkang atau Parti Warisan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu juga berkata, Lahad Datu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri berkeluasan besar yang memerlukan peruntukan yang banyak untuk dibangunkan setanding dengan kawasan lain.

Katanya beliau tak mungkin mampu bertahan 3 tahun lagi dalam Warisan sebagai pembangkang.

“Tiga tahun lebih lagi untuk bertahan dalam pembangkang. Apa yang anda jangka jika saya bertahan di situ? Pembangkang tidak bawa apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pilihan raya selepas ini saya akan jumpa pengundi saya dan minta undi lagi, apa yang orang akan kata? Bukankah dengan sendirinya itu memberitahu kepada kita tak payahlah nak jumpa rakyat, pasal dah jadi pembangkang lama tiada bawa apa-apa…dan anda kembali kepada rakyat dan minta undi, saya rasa itu bukan perkara yang bagus.”

Pada 30 Oktober lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana sukar baginya membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama dalam Parti Warisan.

Ketika itu tiada desas-desus atau khabar angin tiba-tiba Mohamaddin mengumumkan keluar parti Warisan walaupun sudah dijangka akan ada beberapa wakil rakyat Warisan keluar parti.

Mohamaddin juga telah dijangka akan menyertai Bersatu memandangkan ketika pengumuman keluar parti pemimpin Bersatu Datuk Isnin Aliasnih yang juga pembantu Menteri hadir dalam perisytiharan keluar Warisan itu.

 

4 Comments