Projek SSLR Runding Terus RM1.2b dilulus Guan Eng Januari 2020 diteruskan
16:11 Nov 27, 2021  |  By SabahKini2
Projek SSLR Runding Terus RM1.2b dilulus Guan Eng Januari 2020 diteruskan

Projek SSLR Runding Terus RM1.2b kepada Samling Resources Sdn. Bhd ketika Menteri Kewangan PH berkuasa diteruskan demi kebaikan rakyat Sarawak-Sabah.

Pembinaan jalan alternatif menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara jiran, Brunei Darussalam merupakan hasil kajian yang dilaksanakan pada tahun 2007

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) itu melibatkan jarak melebihi 300 kilometer dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.

Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mengambil kira kos projek yang tinggi, pembinaan projek itu perlu dilaksanakan secara berperingkat.

KKR berkata, bagi fasa pertama, projek ini telah diluluskan dari Agensi Pusat pada tahun 2019 iaitu dalam Rolling Plan ke-3 RMKe-11, dengan siling peruntukan keseluruhan fasa satu sebanyak RM1.2 bilion.

“Fasa 1 SSLR melibatkan pembinaan jalan piawaian JKR R3 dari bandar Lawas ke persimpangan Long Lopeng sepanjang 77km.

Projek SSLR ini telah beri secara runding terus kepada Samling Resources Sdn. Bhd (Kini nama Saraworks Sdn. Bhd - (139379-P) oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2020 iaitu ketika Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Baru Bian Menteri Kerja Raya Malaysia.

Bagaimanapun LOAnya dikeluarkan pada bulan September 2021 dengan harga kontrak sebanyak RM1.13 bilion.

Keputusan projek ini adalah berdasarkan persetujuan mantan Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir)  dan mantan Perdana Menteri ke-8 (Tan Sri Muhyiddin) lanjutan daripada perakuan oleh mantan Menteri Kerja Raya (Baru Bian).

Pemilihan Samling Resources Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari Kumpulan Samling dilaporkan telah dibuat oleh Kerajaan berasaskan kepada pertimbangan faktor harga yang kompetetif dan pengalaman kerja serta kemudahan urusan logistik yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Kimlun Sdn Bhd yang terlibat dalam projek ini merupakan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC) yang dilantik oleh kontraktor utama (Samling Resources Sdn Bhd) untuk skop kerja-kerja pembinaan dengan harga sebanyak RM780 juta.

Harga subkontrak tersebut tidak termasuk kos-kos lain dalam pelaksanaan projek seperti kos pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, kos juru perunding dan lain-lain kos sampingan.

Semakan menunjukkan antara lain Lembaga Pengarah Samling Resources Sdn Bhd (Sarawork) ialah Chung Kui Siang, Peter Ho Chu Choi, Goh York Pooi, Dan Datuk Joseph Lau Group CEO Park City

Menjawab persoalan Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen mengenai projek SSLR kononnya atas JANAWIBAWA, KKR memaklumkan ia tidak termasuk dalam program itu.

“KKR ingin memaklumkan projek ini tidak termasuk dalam kategori projek JANAWIBAWA iaitu Agenda Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera Berwibawa sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Sepanggar,” kata KKR

Pada ogos 2020 Menteri Kanan (Infrastruktur) merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof sekalipun pertukaran Kerajaan PH dan PN berlaku, kerajaan  berjanji tetap akan meneruskan Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) yang dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1 dari Lawas ke Kampung Pa’ Berunut dan Fasa 2 dari Kampung Pa’ Berunut ke Long Lama.

Bagi projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) pula, projek tersebut akan tetap diteruskan, namun keutamaan akan diberikan kepada penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dan projek SSLR terlebih dahulu.

LTB merupakan lebuh raya pekeliling yang menghubungkan LPB (1,060km di Sarawak/786.41km di Sabah), SSLR dan lebuh raya sepanjang 40km dari Kalabakan ke Serundong di Sabah.

Pada tahun 2021 ketika Ketua Menteri Sarawak dan Menteri KKR 
melancarkan semula Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR)
 

 

Comment