Lompatan 'Katak' Dr Maszlee kali keempat ke PKR!
21:11 Nov 27, 2021  |  By SabahKini2
 Lompatan 'Katak' Dr Maszlee kali keempat ke PKR!

Sekalipun PH-PKR kalah teruk di PRN Melaka kerana isu 'Katak Berprinsip' tidak menghalang Dr Maszlee melompat ke PKR. Dari Bersatu, Pejuang, Bebas dan kini PKR. Rakyat Simpang Renggam bangga MPnya lompat lagi?

Di kala kajian selidik awam mengenai Undang-undang Anti Lompat Parti giat dijalankan makin ramai pula Ahli Parlimen dan Adun melompat parti.

Selain panas isu lompat parti atau ‘Katak’ di Sabah dan Melaka terbaru bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, sah melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama 500 penyokong setianya di sini hari ini.

Borang penyertaan keahlian bekas Menteri Pendidikan itu diterima Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan JKKK Kampung Baru Machap di sini.

Maszlee menyifatkan, keputusannya menyertai PKR selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu adalah harga perjuangan yang perlu dibayarnya.

"Setelah PKR berada dalam situasi dan populariti yang tidak begitu menggalakkan pada waktu ini, terutamanya selepas natijah kekalahan PRN Melaka, saya merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi membawa perubahan.

"Ada yang mengejek mengapakah saya menyertai parti yang kalah, malah presidennya diserang dari pelbagai sudut oleh lawan dan malah segelintir kawan juga.

"Lebih malang lagi ada yang menyindir, apakah ertinya menyertai Keadilan ketika mereka sedang lemah dan tidak menjadi pilihan popular massa.

"Saya katakan kepada mereka...inilah harga sebuah perjuangan," katanya ketika berucap dalam Siri Jelajah Presiden PKR di sini hari ini.

Maszlee mendakwa, beliau bukannya politikus yang mencari makan melalui berpolitik dan jauh sekali seorang yang ingin meraih keuntungan melalui politiking.

"Saya tidak mahu menjadi seorang oportunis politik yang masuk parti atau menukar parti untuk mendapat jawatan dalam kerajaan ataupun wang ganjaran dan kedudukan.

"Jika saya mahukan itu semua, adalah lebih lumayan untuk saya menyertai BN atau kembali menyertai Bersatu, bukan hanya sekarang, malah sejak dahulu lagi.

"Umum maklum tentang harga kemewahan dan keuntungan bersama dengan gerombolan-gerombolan yang telah saya sebutkan. Itu bukan lagi rahsia," katanya.

Katanya, beliau hanya inginkan yang terbaik untuk rakyat dan negara serta pendidikan anak bangsa dengan perjuangan di atas pelantar politik.

Penyertaan Dr Maszlee dalam PKR tahun 2021 merupakan lompatan parti keempatnya dalam tempoh 4 tahun ini daripada Bersatu 2018-2020, Pejuang tahun 2020, Bebas 2020-2021 dan kini dalam PKR 27 November 2021. Desas-desus Dr Maszlee mahu menyertai parti PKR bukan baru ia sudah bermula sejak Oktober tahun lalu.

Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M ]

Dr Mazlee terkenal dengan janji ‘Mansuh Tol Simpang Renggam’ jika berkuasa namun sehingga lompatan terakhirnya dalam PKR perjuangan mansuh tol Simpang Renggamnya masih belum Berjaya.

 

5 Comments