3 rumah setinggan musnah terbakar
13:11 Nov 30, 2021  |  By SabahKini2
3 rumah setinggan musnah terbakar

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, rumah yang terlalu rapat menyebabkan api cepat merebak, namun kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan rumah yang lain daripada terbakar. Pasukan bomba dapat memadamkan keba

TAWAU: Tiga buah rumah di kawasan setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Tawau Lama, di sini kelmarin.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.02 petang.

“Seramai 16 anggota dan pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati tiga buah rumah jenis tidak kekal telah musnah dalam kebakaran,”katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam menggunakan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berdekatan.

“Rumah yang terlalu rapat menyebabkan api cepat merebak, namun kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan rumah yang lain daripada terbakar.

“Pasukan bomba dapat mengawal kebakaran kira-kira jam 4.24 petang dan operasi berjaya ditamatkan kira-kira satu jam kemudiannya,” katanya.

Katanya, setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

“Siasatan akan dijalankan oleh pasukan bomba bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

Comment