Pengetua Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sembunyi kes Covid-19 punca 65 pelajar positif?
00:12 Dec 02, 2021  |  By SabahKini2
Pengetua Sekolah Seri Puteri Cyberjaya  sembunyi kes Covid-19 punca 65 pelajar positif?

Kerana Ibubapa bimbang tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah status anak-anak di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya terdapat ibubapa yang membuat laporan terus kepada Menteri Pendidikan. Akhirnya 65 pelajar positif dan mungkin lebih ramai lagi.

Gara-gara pihak pengurusan sekolah menyembunyikan kes Covid-19 kini seramai 65 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dekat sini dilaporkan positif Covid-19.

Mereka dikatakan terdiri pelajar Tingkatan Satu dan Dua dengan kesemuanya telah dikuarantin di MAEPS, Serdang.

Menurut Twitter Radzi Jidin Comms, ini kali pertama pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) dijangkiti Covid-19 seramai itu dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Media turut melaporkan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin melawat sekolah berkenaan malam ini susulan laporan Ibu Bapa yang membuat aduan Pengetua dan pengurusan sekolah menyembunyikan kes Covid-19.

Ibubapa juga dilarang berkomunikasi dengan anak-anak di Sekolah bimbang rahsia Covid-19 yang menular di Sekolah bocor.

Susulan kes yang semakin menular seramai 170 pelajar dipercayai kontak rapat sedang menjalani kuarantin.

“Daripada dua orang yang positif, 170 kuarantin, naik kepada 65 orang positif dan dibawa ke MAEPS..sekolah tidak maklum apa-apa kepada ibu bapa,” tulis @Aliffckin.

Sementara itu, Radzi dalam dalam hantaran video terbaharu di Facebooknya memberitahu kementerian menerima maklumat jangkitan kes Covid-19 bermula daripada seorang guru sebelum menjangkiti seorang lagi guru dan enam pelajar lain yang dipercayai kontak rapat.

“Enam pelajar yang positif ini ditempatkan di sekolah dan dipantau pihak sekolah. Seramai 121 kontak rapat telah dipotong gelang hari ini dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Radzi berkata, dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengurangkan jumlah murid di asrama, PKD telah melaksanakan ujian saringan kontak rapat ke atas lebih 200 orang pelajar di sekolah itu hari ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 65 daripada mereka disahkan positif Covid-19 dan mereka dibawa ke MAEPS Serdang untuk pemantauan.

“Justeru, esok pihak PKD akan melaksanakan ujian saringan air liur ke atas baki pelajar bagi mengenalpasti sama ada masih terdapat kes positif atau tidak,” katanya.

Kata Radzi, pada ketika ini, kementerian bekerjasama dengan PKD dan pihak sekolah untuk memastikan pelajar ini berada dalam keadaan selamat.

Pengetua dan pengurusan sekolah yang lambat mengurus kes ini dan menyembunyikan kes sewajarnya diambil tindakan tegas termasuk ditukar sekolah.

Dilaporkan ketika Datuk Dr. Mohd. Radzi Menteri Kanan Pendidikan melawat sekolah itu, Pengetua sekolah tidak hadir dalam lawatan itu.

 

2 Comments