Kereta terbakar di Jalan Telupid-Ranau, pemandu selamat
13:12 Dec 02, 2021  |  By SabahKini2
Kereta terbakar di Jalan Telupid-Ranau, pemandu selamat

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebuah Proton Exora terabakar selepas merempuh sebuah pacuan empat roda Isuzu Dmax di Kampung Segindai Jalan Telupid-Ranau.

RANAU: Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya merempuh sebuah pacuan empat roda sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Segindai Jalan Telupid-Ranau, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Proton Exora berjaya keluar menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya.

“Pemandu wanita dan pemandu kenderaan pacuan empat roda Isuzu DMax tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 3.52 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya beberapa minit selepas itu.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 4 petang.

Comment