COVID-19: kes baharu turun kepada 427 kes
16:12 Dec 02, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: kes baharu turun kepada 427 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat enam daerah mencatatkan kes di atas paras 20 kes iaitu Kota Kinabalu 78 kes, Penampang 58 kes, Tuaran 47 kes, Papar 29 kes, Beaufort 27 kes, dan Ranau 22 kes.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 427 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 40 kes berbanding jumlah kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat enam daerah mencatatkan kes di atas paras 20 kes iaitu Kota Kinabalu 78 kes, Penampang 58 kes, Tuaran 47 kes, Papar 29 kes, Beaufort 27 kes, dan Ranau 22 kes.

Katanya, sebanyak 21 daerah lagi merekodkan kes di bawah paras 20 kes dengan 14 daripadanya hanya merekodkan satu angka dan tidak ada kes baharu di empat daerah.

"Hampir 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini dalam kategori satu dan dua yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sahaja.

"Sebanyak tiga pesakit dalam kategori tiga, seorang dalam kategori empat dan juga seorang pesakit dalam kategori lima. Empat pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," katanya semalam.

Beliau berkata, daerah Kota Belud merekodkan sebanyak 18 kes, Kuala Penyu dan Keningau masing-masing 17 kes, Putatan 16 kes, Kota Marudu 15 kes, Kudat 14 kes, dan Tenom 11 kes.

Menurutnya, daerah Tambunan dan Pitas masing-masing sembilan kes, Sandakan, Tawau dan Sipitang masing-masing tujuh kes, Lahad Datu enam kes, Beluran lima kes, Kinabatangan empat kes, Semporna tiga kes, Telupid satu kes, manakala Kunak, Nabawan, Tongod, dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes.

Comment