Sokong penuh GPS, BN tidak tanding PRN Sarawak
10:12 Dec 04, 2021  |  By SabahKini2
Sokong penuh GPS, BN tidak tanding PRN Sarawak

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN tidak bertanding di Sarawak dan membuat keputusan untuk memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

KUCHING: Buat pertama kali dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali Ini.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, sokongan itu diberikan kepada GPS kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan BN.

“Kami datang membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memberitahu bahawa untuk pertama kalinya BN tidak akan menyertai PRN Sarawak dan memberikan sokongan moral kepada GPS.

“Jadi, tidak akan ada logo BN di Sarawak dan kami tidak benarkan mana-mana calon menggunakan lambang kami (dacing). Kalau ada yang gunakan logo BN, kami akan bawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar khas di sini pagi.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Comment