Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik tinggi, amaran kepada rakyat Sabah
14:12 Dec 06, 2021  |  By SabahKini2
Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik tinggi, amaran kepada rakyat Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 36 peratus daripada 294 kes hari ini, 38 peratus daripada 351 kes semalam (4 Dis), dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas (3 Dis) adalah jangkitan sporadik.

KOTA KINABALU: Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 36 peratus daripada 294 kes hari ini, 38 peratus daripada 351 kes semalam (4 Dis), dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas (3 Dis) adalah jangkitan sporadik.

“Semua prosedur operasi standard perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya,” katanya.

Masidi juga berkata sebanyak 153 kes daripada keseluruhan 294 kes baharu hari ini dikesan melalui saringan kontak rapat sekali gus menunjukkan terdapat kebarangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP.

Sementara itu Masidi berkata empat kes kematian dilaporkan hari ini dengan dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sipitang. 

Comment