Sebuah rumah hangus terbakar di Kg Lapasan, Telipok
14:12 Dec 06, 2021  |  By SabahKini2
Sebuah rumah hangus terbakar di Kg Lapasan, Telipok

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dan operasi berjaya dikawal pada jam 5.41 pagi sebelum operasi ditamatkan kira-kira setengah jam kemudiannya.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Lapasan, Telipok awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi.

“Sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak telah terbakar keseluruhannya,” katanya.

Katanya, pasukan bomba segera melakukan operasi menyelamat dan memadam dengan menggunakan dua pancutan air dari sumber tangki jentera.

“Setakat ini tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dan operasi berjaya dikawal pada jam 5.41 pagi sebelum operasi ditamatkan kira-kira setengah jam kemudiannya.

“Siasatan akan dijalankan oleh pasukan bomba bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

Comment