PPM patahkan cubaan seludup barangan kawalan
16:12 Dec 06, 2021  |  By SabahKini2
PPM patahkan cubaan seludup barangan kawalan

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati terdapat beberapa jenis barang kawalan tanpa permit.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot jenis pam disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Batu 3 awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata, semasa pemeriksaan bot dijalankan juragan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan tanpa di kesan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati terdapat beberapa jenis barang kawalan tanpa permit.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dan enjin pam berjumlah RM16,561.85. Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Comment