PPM berjaya gagalkan cubaan seludup minuman keras
16:12 Dec 08, 2021  |  By SabahKini2
PPM berjaya gagalkan cubaan seludup minuman keras

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata, Polis Marin berjaya menahan lelaki berumur 40 tahun dan perempuan berumur 37 tahun yang merupakan pemandu setiap kenderaan berkenaan yang diperiksa di Pekan Menumbok pada jam lebih kurang

BEAUFORT: Cubaan seludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dari Labuan menggunakan 02 buah kenderaan berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata, Polis Marin berjaya menahan lelaki berumur 40 tahun dan perempuan berumur 37 tahun yang merupakan pemandu setiap kenderaan berkenaan yang diperiksa di Pekan Menumbok pada jam lebih kurang 12 tengah hari semalam.

Pemeriksaan ke atas dua kenderaan telah menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

Nilai rampasan minuman keras termasuk dua buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM210,594.00.

Tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Comment