Bumburing nafi RM 1juta tapi ramai yang tahu dana itu kenapa malu mengaku?
01:02 Feb 07, 2018  |  By SabahKini2
Bumburing nafi RM 1juta tapi ramai yang tahu dana itu kenapa malu mengaku?

Apabila Bumburing menuduh orang lain menggunakan media dia rasa gembir namun apabila dia didedah mengenai RM1 juta dia meloncat.

KOTA KINABALU: Portal freemalaysiatoday melaporkan Presiden Parti Cinta Sabah Wilfred Bumburing hari ini membuat laporan polis berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal Sabahkini2 pada 26 Januari 2018 lalu "Wilfred Bumburing PCS pernah terima wang RM 1 juta daripada Ku Li" sebagai berita palsu dan berniat jahat terhadapnya.

Portal Sabahkini2 menegaskan kami mempunyai sumber yang sahih berhubung kenyataan penerimaan wang RM 1 juta kepada Bumburing yang diberikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas. Portal freemalaysiatoday boleh merujuk sendiri dengan tuan punya badan Tengku Razaleigh yang sebelum ini berkata pemimpin harus jujur dan telus. Pastinya tidak sukar untuk Ku Li menjelaskan kedudukannya.

Bumburing tak perlu berdolak-dalih dan berpura-pura suci, beliau boleh menyemak sendiri dengan rakan politiknya dari Gabungan Sabah sama ada benar atau tidak. Rakan bersamanya kemudian ditikam dari belakang. Ia bukan rahsia besar dikalangan pemimpin GS dan rakan sekutu lamanya. Semua tahu Bumburing menerima dana itu. Jadi mengapa beliau perlu malu dan menafikannya? 

Jika Presiden Parti Cinta Sabah Wilfred Bumburing boleh mengkritik dan memfitnah Gabungan Sabah (GS) sebagai parti Mesra BN yang kononnya mendapat pembiayaan dari BN mengapa tidak beliau menerima kritikan bahawa beliau sendiri pernah menerima dana RM 1 juta malah Shafie Apdal turut memberi bantuan kewangannya kepada nya. Ia fakta bukan fitnah. Bukankah itu tujuan Bumburing bergabung dengan Warisan dan Pakatan Harapan?

Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan sendiri menegur Wilfred Bumburing supaya lebih jujur dan ketepikan isu remeh dan naratif politik tidak betul jika mereka benar-benar mahu berjuang untuk Sabah. Dr Jeffrey mengatakan tuduhan Bumburing sebagai tidak berasas kerana pimpinan Gabungan terdiri daripada ahli politik yang matang dan bukannya orang tidak berpengalaman yang baru keluar hutan untuk mencari kekayaan melalui politik.

“Ini hipokrasi mental dan kecetekan fikiran jenis apa? Nampaknya PCS, yang tidak membawa isu penting, dan takut pada Gabungan, tidak habis-habis bercakap tentang naratif tidak betul itu,” kata Adun Bingkor itu.

Bumburing mendakwa bahawa tuduhan itu tidak lebih daripada satu percubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pemimpin dalam Gabungan Sabah.

Beliau menjelaskan kerjasama antara beliau dengan Tengku Razaleigh sebelum ini dan ia satu pengakuan mengenai kerjasama itu serta hubungan akrabnya dengan NGO Angkatan Amanah Merdeka Malaysia yang Bumburing adalah Timbalan Presiden Amanah. Kerana akrablah beliau mendapat dana dari Tengku Razaleigh Hamzah.

Apabila terkena batang hidung sendiri barulah Bumburing meloncat menuduh orang lain sedangkan beliau hakikatnya menerima dana dari Kuala Lumpur serta dari pemimpin Warisan. 

Apakah Bumburing mahu kami mendedahkan sumber serta bukti-bukti dana itu? Komen ringkas lebih baik Bumburing diam dan buat bodoh dari seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya. 

2 Comments