11 'Datuk Bandar' Selatan Filipina, 600 Tentera Diraja Sulu tawan Sabah Februari 2022
15:12 Dec 09, 2021  |  By SabahKini2
11 'Datuk Bandar' Selatan Filipina, 600 Tentera Diraja Sulu tawan Sabah Februari 2022

19 Datuk Bandar Selatan Filpina bermesyuarat 11 bersetuju untuk seranga tawan Sabah. 600 tentera diraja Sulu bakal direkrut. USD10,000 ditanggung pegawai tinggi kerajaan. Februari 2022 serangan sesuai.

Dilaporkan seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) bersedia melancarkan operasi menawan Sabah. SATU mesyuarat bagi membincangkan mengenai rancangan untuk menyerang Sabah dipercayai telah diadakan di selatan Filipina.

Menurut South China Morning Post, mesyuarat rahsia melibatkan 19 datuk bandar itu diadakan bagi membincangkan mengenai rancangan bagi merekrut 600 orang individu untuk menyerang negeri itu serta untuk menghantar pengintip.

11 orang datuk bandar bersetuju dengan rancangan itu manakala selebihnya berada di atas pagar, tidak bersetuju atau menolaknya.

“Seramai 11 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut,

Difahamkan pertemuan itu diatur oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Sumber kanan keselamatan serantau memberitahu majalah Post's This Week In Asia bahawa mesyuarat itu diadakan pada 1 Disember oleh seorang pegawai tempatan wilayah Sulu.

Pegawai yang sama juga bertanggungjawab untuk mengumpulkan datuk bandar Kepulauan Sulu bagi membincangkan rancangan untuk menubuhkan "Tentera Diraja Sulu" untuk menyerang Sabah.

“Potensi rancangan itu menjadi kenyataan bergantung kepada berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh daripada pelbagai pihak.

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak USD10 ribu (500,000 peso) telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” lapor South China Morning Post (SCMP).

Menurut sumber itu, pegawai tempatan itu dipercayai telah membekalkan 500 senjata api kepada wakil tempatan di Sulu yang kemudiannya akan mengagihkannya kepada anggota militia.

Sumber itu menambah bahawa Februari 2022 dilihat sebagai masa terbaik untuk menyerang bagi "memperingati" pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Dilaporkan juga 150 hingga 200 pengintip dari Sulu dijangka diarahkan ke Lahad Datu dan Semporna - dua bandar pantai utama di mana pasukan penceroboh mungkin mendarat.

Dalam pencerobohan 2013, dianggarkan 235 militan - sebahagian daripada mereka bersenjata - mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari.

“Semua askar Sulu yang memasuki perairan Lahad Datu dan Semporna (dalam plot pencerobohan baharu) akan membawa masuk senjata api,” kata sumber

“Senjata api itu akan ditanam di sesuatu kawasan sebelum digunakan untuk menyerang (sasaran).

Sumber keselamatan itu berkata aktiviti risikan dan keselamatan telah dipertingkatkan di Sabah sejak mesyuarat itu dilakukan.

Ogos lalu beberapa orang pengganas Abu Sayaf menyusup masuk bekerja secara haram di Ladang Borhill milik kroni Datuk Shafie Shafie Apdal, Datuk Peter Hii bekas Presiden MPS yang bertujuan mahu menculik majikan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah! ]

Terdahulu pada bulan Mei lalu lima ahli kumpulan Abu Sayyaf di tembak mati di Beaufort Sabah. Kediaman kumpulan Abu Sayyaf itu juga telah dimusnahkan.

Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika itu mendedahkan rancangan penculikan di Ladang Borhill Sandakan gagal apabila ia didedahkan oleh seorang ketua kumpulan kecil ASG Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Mei lepas, ketika siasatan dilakukan.

“Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina,” katanya 

Dengan kecohnya berita 19 Datuk bandar Filipina terlibat dengan rancangan menyerang Sabah ini bermakna usaha-usaha pengganas Abu Sayyaf sebelum ini sudah dirancang lama.

Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa digesa meningkatkan lagi tahap keselamatan di perairan Sabah apatah lagi situasi sekarang pelancongan negeri sedang giat dibuka. 

Apatah lagi sekarang terdapat usaha pemimpin-pemimpin tertentu yang menghasut rakyat Sabah dengan agenda 'Sabah Keluar Malaysia'. Semua ini tidak mungkin secara kebetulan pastinya berkaitan antara satu sama lain berdasarkan kepentingan politik. 

Bagaimanapun terdapat sumber-sumber berkata semua ini adalah kerana terdapat kempen pilhanraya di Selatan Filipina. Cakap-cakap serangan ke Sabah adalah untuk meraih sokongan pilihanraya. Adalah perkara biasa jika pilihanraya di Selatan Filipina atau di Filipina isu-isu mahu mengambil Sabah akan berkumandang semula di Negara itu. 

22 Comments