Penguatkuasa laksanakan tiga tangkapan di perairan Sabah
17:12 Dec 09, 2021  |  By SabahKini2
Penguatkuasa laksanakan tiga tangkapan di perairan Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua tangkapan dilakukan sepanjang penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di perairan Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mar

KOTA KINABALU: Pasukan penguatkuasa melaksanakan tiga tangkapan mengikut Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) di seluruh Sabah kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua tangkapan dilakukan sepanjang penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di perairan Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Operasi melibatkan 117 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur manakala 37 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu serta Labuan dan tiga nelayan yang didapati mengingkari SOP ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya pemeriksaan pematuhan SOP yang dijalankan oleh DBKK turut memberikan kompaun terhadap tiga individu yang gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di Kawasan Perindustrian 88 Kepayan.

Tambahnya tiada kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis dalam pemeriksaan 221 premis perniagaan dan 274 individu di 18 kawasan sekitar sini.

Sementara itu dalam perkembangan sama Masidi berkata kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat meningkat kepada 98.7 peratus.

“Empat daerah menunjukkan kadar pematuhan yang tinggi iaitu Ranau, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Penampang yang mencatatkan 98.8 peratus kadar pematuhan.

“Kinabatangan, Semporna, Sipitang, Tuaran dan Tenom pula memcatatkan kadar pematuhan paling rendah iaitu 98.6 peratus,” katanya.

Comment