5 kenderaan rosak dihempap sebatang pokok
16:12 Dec 10, 2021  |  By SabahKini2
5 kenderaan rosak dihempap sebatang pokok

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, terdapat lima buah kenderaan yang diletakkan di garaj tepi jalan remuk selepas dihempap sebatang pokok tumbang.

SANDAKAN: Lima buah kenderaan rosak selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Panglima Adam, Kampung Bukara, semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.04 malam.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat lima buah kenderaan yang diletakkan di garaj tepi jalan remuk selepas dihempap sebatang pokok tumbang,” katanya.

Katanya, pasukan operasi bertindak memotong pokok berkenaan dengan menggunakan peralatan gergaji berantai.

“Kejadian itu hanya membabitkan kerosakan kenderaan sahaja dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan semuanya selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 1 pagi,” katanya.

Comment