Dulu kluster Banjaran Gading kini Kluster Puncak Ilmu, 41 Penuntut, Kakitangan UMS Positif Covid-19
18:12 Dec 15, 2021  |  By SabahKini2
Dulu kluster Banjaran Gading kini Kluster Puncak Ilmu, 41 Penuntut, Kakitangan UMS Positif Covid-19

Dulu Kluster Banjaran Gading kini Kluster Puncak Ilmu. Nampaknya UMS belum serik. 41 Penuntut, Kakitangan UMS Positif Covid-19. Mungkinkah akan bertambah lagi pada esok hari jika tidak dibendung.

UMS sekali lagi melalui kluster terbaru apabila 41 individu membabitkan pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangkiti COVID-19 serta mencetuskan Kluster Puncak Ilmu.

Jika dahulu pada bulan April lalu seramai 133 pelajar telah disaring dan 19 mahasiswa disahkan positif Covid-19 (kluster Banjaran Gading) menyebabkan tiga kolej kediaman (KK) UMS dikenakan PKPD iaitu KK Tun Mustapha, KK Tun Fuad dan KK Tun Pengiran Ahmad Rafae. Semuanya kerana bahana degil melanggar SOP KKM

Kini jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Kluster Puncak Ilmu melibatkan Universiti Malaysia Sabah.

"Kes indeks kluster ini adalah pelajar lelaki berusia 22 tahun yang mengikuti pengajian di Fakulti Sumber Alam UMS dan tinggal di kolej kediaman.

"Kes indeks mula bergejala sejak 1 Disember kemudiannya, disahkan positif COVID-19 melalui saringan di Pusat Perubatan UMS pada 2 Disember lepas dan telah selesai menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) UMS.

"Saringan terhadap kontak kes mendapati 40 lagi kes positif terdiri daripada pelajar serta kakitangan UMS.

"Jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah sebanyak 41 kes termasuk lima kes baharu. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, berkata jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 232 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 237,535 kes.

"Sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Ranau manakala masing-masing satu kes di Keningau, Penampang, Semporna dan Tawau.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 395 menjadikan jumlah kumulatif 228,585 orang.

"Ketika ini, 1,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 506 orang di hospital, 498 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan seorang di fasiliti swasta," katanya.

Apakah UMS mengabaikan SOP sehingga menularnya lagi kes Covid-19 terbaru? Atau Naib Canselor UMS merasakan kes di UMS masih kecil dan terdapat usaha merahsiakannya.

Comment