Pindaan Perlembagaan buka jalan kepada pemulihan MA63- Hajiji
19:12 Dec 15, 2021  |  By SabahKini2
Pindaan Perlembagaan buka jalan kepada pemulihan MA63- Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) itu merupakan detik penting dalam sejarah negara, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara di Parlimen.

KOTA KINABALU: Kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) itu merupakan detik penting dalam sejarah negara, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Kami sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan terus perjuangkan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63.

Tambah beliau, apabila asas MA63 dilaksanakan maka, langkah boleh diambil untuk bergerak lebih jauh kehadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Hajiji berkata, Majlis Khas MA63 kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Semalam, RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUndang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar diluluskan sebulat suara oleh ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.

3 Comments