PPM tumpaskan penyeludupan minyak petrol
21:12 Dec 15, 2021  |  By SabahKini2
PPM tumpaskan penyeludupan minyak petrol

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata, kesemua minyak petrol dan minyak masak beserta bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Polis Marin Semporna membuat rondaan dikawasan Laut Utara Pulau Pom-Pom Semporna telah menahan satu buah pam bot dijuragani satu lelaki berusia 55 tahun bersama satu anak perahu berusia 44 tahun pada pagi kelmarin.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati benerapa jerikin berisi minyak petrol tanpa sebarang dokumen. Suspek bersama perahu dan barang rampasan telah ditahan kerana disyaki hendak menyeludup ke negara jiran, Filipina.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata, kesemua minyak petrol dan minyak masak beserta bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,111.25. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Comment