Hajiji terima kunjungan hormat timbalan pesuruhjaya polis Sabah baharu
22:12 Dec 15, 2021  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat timbalan pesuruhjaya polis Sabah baharu

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah mengadakan kunjungan hormat dan secara rasmi memperkenalkan timbalannya yang baru dilantik, Datuk Jauteh Dikun kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah mengadakan kunjungan hormat dan secara rasmi memperkenalkan timbalannya yang baru dilantik, Datuk Jauteh Dikun kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Jauteh menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang menjawat jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman pada 29 Nov.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Sapii Ahmad yang mengambil alih tugas daripada Jauteh. -SM

Comment