Bomba selamatkan wanita ingin bunuh diri di HQEII
22:12 Dec 15, 2021  |  By SabahKini2
Bomba selamatkan wanita ingin bunuh diri di HQEII

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa sebelum bersetuju masuk semula ke dalam bangunan.

KOTA KINABALU: Usaha pasukan bomba memujuk seorang wanita yang dikatakan cuba membunuh diri, akhirnya membuahkan hasil selepas mangsa berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang berumur sekitar 30-an itu dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa sebelum bersetuju masuk semula ke dalam bangunan.

Sebaik mangsa berjaya dipujuk masuk ke dalam bangunan, pasukan bomba bertindak memotong besi jeriji tingkap hospital terbabit.

Mangsa berjaya diselamatkan pasukan bomba dengan bantuan daripada keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Comment