Kes COVID-19 di Sabah kekal trend stabil
18:12 Dec 16, 2021  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 di Sabah kekal trend stabil

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di dengan 34 kes, diikuti Tuaran 29 kes, Penampang 18 kes, Ranau dan Kota Belud masing-masing 16 kes, Papar 11 kes, dan Kuala Penyu 10 kes.

KOTA KINABALU: Situasi jangkitan COVID-19 di negeri ini meneruskan trend yang stabil dengan jumlah kes yang direkodkan hari ini jatuh di bawah paras 200 iaitu sebanyak 195 kes baharu, penurunan 29 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di dengan 34 kes, diikuti Tuaran 29 kes, Penampang 18 kes, Ranau dan Kota Belud masing-masing 16 kes, Papar 11 kes, dan Kuala Penyu 10 kes.

Katanya, sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes harian satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga daerah iaitu Putatan, Kunak dan Semporna.

"Daripada 195 pesakit baharu hari ini, seramai 187 orang berada dalam kategori satu dan dua, manakala dua orang dalam kategori tiga.

"Dua pesakit dalam kategori empat dan seorang dalam kategori lima. Kes yang melibatkan tiga pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dengan mengambil kira kedudukan kes COVID-19 di seluruh negara pada 15 Disember 2021, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.92 dan 0.84 bagi negeri Sabah.

Comment