Warisan tidak konsisten, dulu ‘Sabah untuk Sabah’ kini masuk Semenanjung - Hamzah
16:12 Dec 18, 2021  |  By SabahKini2
Warisan tidak konsisten, dulu ‘Sabah untuk Sabah’ kini masuk Semenanjung - Hamzah

Hamzah Zainudin berkata parti Warisan dari Sabah masuk ke Semenanjung sebagai ‘tidak konsisten’. Dulu 'Sabah untuk Sabah'.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin menyifatkan parti Warisan dari Sabah masuk ke Semenanjung sebagai ‘tidak konsisten’.

Hamzah ketika ditemui pemberita di tepian Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda dan Wanita Bersatu berkata, atas sebab demokrasi pihaknya tidak membantah langkah melebarkan sayap ke Tanah Melayu, namun mengingatkan bahawa Presiden Warisan sendiri, Shafie Apdal, semasa penubuhan parti berkata perjuangannya khusus kepada Sabah.

“Hari ini dia pula yang nak masuk ke Semenanjung,” kata Hamzah, yang menarik perhatian kepada perjuangan Warisan yang sudah berubah itu.

“Ini bermakna Warisan merupakan satu parti yang tak konsisten dalam perjuangan mereka. Bersatu walaupun baharu konsisten dari asal penubuhan parti.”

Warisan secara rasmi melebarkan sayap ke Semenanjung semalam, dengan Shafie berjanji akan “menjadi Perdana Menteri untuk semua” sekiranya menang PRU15.

Shafie Apdal juga mengesahkan Warisan akan bekerjasama dengan MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kemasukan Warisan ke Semenanjung menerima reaksi positif dan negatif kerana sebelum ini Warisan dan pemimpinnya sering menghina parti dan pemimpin semenanjung ‘Malaya’ malah lebih keras pencuri hak-hak Sabah. Namun demi cita-citanya sebagai PM, Shafie tiada pilihan melainkan melancarkan Warisan sebagai ‘Parti Malaya’.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu 'Sabah untuk Sabah', hina 'Malaya' pencuri hak Sabah kini kemaruk PM, Shafie Warisan rayu masuk 'Malaya' ]

 

 Antara Video menunjukkan slogan Sabah Kita Punya.. Sabah untuk orang Sabah...bukan Malaya

Comment