Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada 237 kes
22:12 Dec 18, 2021  |  By SabahKini2
Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada 237 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah kembali mencatatkan peningkatan sebanyak 71 kes berbanding hari sebelumnya dengan jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini ialah 237 kes.

KOTA KINABALU: Setelah beberapa hari mencatatkan penurunan, Sabah kembali mencatatkan peningkatan sebanyak 71 kes berbanding hari sebelumnya dengan jumlah kes baharu yang direkodkan ialah 237 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kumpulan empat serangkai masih lagi menjadi antara daerah yang mendominasi kes tertinggi di Sabah.

"Kota Kinabalu merekodkan 41 kes, Tuaran 23 kes, Ranau 22 kes dan Papar, Penampang dan Kota Belud masing-masing 19 kes.

"Putatan 15 kes, Keningau 12 kes dan Tenom 11 kes. Sebanyak 14 daerah lain mencatatkan kes satu angka sahaja dan empat daerah lagi mencatatkan sifar kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hari ini hanya lima daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan 18 daerah lain mencatatkan peningkatan tetapi hanya Kota Belud yang menunjukkan peningkatan ketara dengan dua  angka, yakni 17 kes lebih tinggi berbanding hari sebelumnya.

Katanya, empat daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana hari sebelumnya.

"Seramai 228 pesakit daripada jumlah kes semalam berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

"Kes yang melibatkan tiga pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya.

Comment