UMNO perlukan pejuang, setia dan keikhlasan - Raime
09:12 Dec 19, 2021  |  By SabahKini2
UMNO perlukan pejuang, setia dan keikhlasan - Raime

Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi merangkap Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, UMNO Tenom perlukan pejuang, setia dan keikhlasan terhadap perjuangan parti.

TENOM: Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raime Unggi merangkap Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, UMNO Tenom perlukan pejuang, setia dan keikhlasan terhadap perjuangan parti. Pada masa yang sama, kita jangan keliru dan lalai dengan dakyah pihak lawan yang sengaja dan mengambil kesempatan untuk mengelirukan ahli-ahli UMNO dalam keadaan politik yang tidak stabil.

Katanya, parti ini (Umno) telah banyak menabur bakti dan jasa kepada rakyat namun telah dirosakkan oleh segelintir pemimpin yang telah tiada jatidiri dalam perjuangan.

“Benar orang kata, dalam politik tiada musuh selamanya tetapi kita harus melihat kejujuran dan keikhlasan mereka yang hendak kembali kepada UMNO kerana sudah terbukti bahawa ketika kita dalam kesusahan mereka meninggalkan kita dan parti ini”, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tenom 2021 di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini, hari ini.

Raime berkata, kekalahan kita pada Pilihan Raya Negeri (PRN ke-16) kita jadikan iktibar dan pembakar semangat. Maka dengan itu, selain strategi dan pendekatan baharu, kita bina jentera parti khususnya peringkat cawangan, kuatkan semangat dan perpaduan ahli UMNO bagi mengambil semula kerusi yang dahulunya milik Barisan Nasional.

Parlimen Tenom mempunyai 41,942 pengundi dengan anggaran 11,088 adalah pengundi yang didaftarkan secara automatik. Sehubungan dengan itu. kita perlu perkasa dan gerakkan jentera melalui pergerakan wanita, pemuda dan puteri di setiap cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Kekuatan struktur dan dalaman UMNO sangat penting dan ianya bermula daripada semangat akar umbi ahli UMNO yang setia dan sangggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

"Anugerah veteran UMNO Tenom merupakan penghargaan kepada kesetian, jasa dan bakti mereka kepada parti UMNO” katanya.

Seramai 10 orang penerima anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Raime di Dewan Seri Antanom, Tenom pada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Tenom.

 

4 Comments