Van bertembung dengan pacuan empat roda, 11 cedera
12:12 Dec 19, 2021  |  By SabahKini2
Van bertembung dengan pacuan empat roda, 11 cedera

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebuah van Toyota Hiace bertembung dengan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax di Jalan Poring, Kampung Poring.

RANAU: Seramai 11 penumpang cedera selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Poring, Kampung Poring, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, van jenis Toyota Hiace berkenaan, bertembung dengan sebuah Isuzu DMax.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 3.05 petang.

Sepasukan 6 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Becket Gumat bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

11 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan pasukan bomba terus membantu memberikan rawatan awal.

Tiga mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan van EMRS manakala lapan lagi mangsa dihantar ke hospital sama menggunakan ambulans. Operasi ditamatkan jam 5 petang.

Comment