Datuk Peter Anthony, Juil Nuatim umum keluar Warisan
23:12 Dec 27, 2021  |  By SabahKini2
Datuk Peter Anthony,  Juil Nuatim  umum keluar Warisan

Peter Anthony yang bakal menghadapi perbicaraan penuh bermula 3 Januari depan nampaknya bakal keluar parti bersama orang kanannya dalam KDM Datuk Juil Nuatim. Apa sudah jadi? Warisan terus bergoyang!

KOTA KINABALU: Warisan bergolak lagi. Kini dilaporkan Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang bakal menghadapi perbicaraan penuh januari ini dikhabarkan akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya esok.

Tular di laman sosial dam aplikasi WhatsApp mengataka  Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari esok (28 Disember 2021)

Tidak dapat dipastikan inti pati sidang media itu, namun desus-desus sebelum ini Peter Anthony berunding dengan komponen GRS nampaknya mengesahkan beliau bakal keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN bebas

Sebelum ini orang kanan Datuk Peter Anthony dalam Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Juil Natim Adun Limbahau dilaporkan bakal keluar Warisan nampaknya akan menyertai Datuk Peter mengumumkan keluar parti esok.

[ARTIKEL BERKAITAN- Juil Nuatim Adun Limbahau bakal keluar Parti Warisan? Siapa lagi? ]

Sumber rapat Warisan dan Peter mengesahkan perkara itu namun Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal dan Setiausaha Agong Warisan kekal berdiam diri tidak menafikan perkara itu.

Warisan kehilangan tiga ADUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) keluar parti dan dilaporkan ramai lagi bakal Adun keluar parti.

Semua Adun pada mulanya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum menyertai mana-mana komponen GRS.

Pertengahan bulan ini Mahkamah Sesyen memerintahkan Datuk Peter Anthony membela diri atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn Bhd.

Hakim Azura Alwi membuat mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah perbicaraan penuh bermula 3 Januari depan untuk Anthony membela diri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes dokumen palsu UMS: Peter Anthony diarah bela diri 

 

 

4 Comments