Suami Isteri 'Keluarga VVIP' didakwa bunuh pembantu rumah
14:12 Dec 30, 2021  |  By SabahKini2
Suami Isteri 'Keluarga VVIP' didakwa bunuh pembantu rumah

Selepas didedahkan mengenai kes bunuh pembantu rumah oleh pasangan suami isteri ‘Keluarga VVIP Sabah’ barulah Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwa Raya, Ali Imran menyegerakan pendakwaan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hanya selepas didedahkan mengenai kes bunuh pembantu rumah oleh pasangan suami isteri ‘Keluarga VVIP Sabah’ barulah Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwa Raya, Ali Imran menyegerakan pendakwaan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pasangan suami isteri ‘Keluarga VVIP Sabah’ dera pembantu rumah sehingga mati dibebas reman]

Semalam Mohammad Ambree Yunos, 40, dan isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33 dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh pembantu rumah mereka di kondominium Lido Avenue A 3A Tingkat 8 Penampang di antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Mohammad Ambree Yunos dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Walaubagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah, Nur Afiyah Daeng Damin, 28 berketurunan bugis di rumah mereka di kondominium berkenaan yang terletak di Jalan Lintas Lido dekat sini, antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Salinan laporan polis yang diperolehi Sabahkini2 menunjukkan pasangan suami isteri membuat laporan palsu kononnya bercuti di Kundasang Ranau sebelum pulang dan mendapati pembantu rumahnya meninggal dunia di dalam bilik air di rumah mereka.

Maklumat lain menunjukkan pasangan suami isteri mendera mangsa sehingga terdapat kesan lebam di kepala mangsa, luka di belakang kepala, bahu sebelah kanan badan, lebam pada mata sebelah kanan dan pergelangan tangan mangsa serta keseluruhan badan mangsa turut melecur disyaki terkena air panas.

Paling mengejutkan sumber mengesahkan pasangan suami isteri itu juga telah mengaku mendera pembantu rumah itu sejak ogos 2021 lagi.

 

Tergamak Mohammad Ambree Yunos dan Etiqah Siti Noorashikeen mendera Nur Afiyah Daeng Damin
sehingga mati.

Pendakwaan kes oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwa Raya, Ali Imran ini menutup kontroversi ada tangan ghaib mahu menutup kes ini kerana sangat memusykilkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh boleh dibebaskan reman dengan jaminan polis pada 21 disember lalu.

Sejurus prosiding pendakwaan selesai, pasangan itu dihantar ke penjara reman sehingga sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari tahun depan.

Mohammad Ambree diwakili peguam bela, Ram Singh dan Kimberly Yee, manakala Etiqah pula diwakili peguam bela, Datuk Seri Rakbir Singh.

 

Comment