Sebelum sertai STAR, buktikan Peter sanggup dedah kes rasuah Shafie Apdal!
19:12 Dec 30, 2021  |  By SabahKini2
Sebelum sertai STAR, buktikan Peter sanggup dedah kes rasuah Shafie Apdal!

Peter dan orang kuatnya Juil Nuatim keluar Warisan. Peter juga berkata akan tubuh parti baru pro GRS. Jeffry dan STAR pula mahu bawa Peter ke dalam STAR. Jika benar elok STAR buktikan Peter setia dan boleh dedahkan rasuah Shafie Apdal.

Mei 2021 STAR membuat kejutan menerima Datuk Amarjit Singh Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang juga orang kuat Warisan. Netizen memperlekehkan tindakan parti itu. Pemimpin STAR yang membawanya pun telah dibuang kerana kes rogol Unduk Ngadau.

Hari ini Presiden STAR, Jeffrey Kitingan mengajak pula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Peter Anthony dan ADUN Limbahau, Juil Nuatim yang keluar Warisan menyertai parti STAR.

Netizen sekali lagi berbeza pandangan mengenainya. Ada pro dan kontra namun bagi yang anti lompat ia menjadi bahan ‘troll’ orang politik. Dulu dikecam kini dijulang.

Jeffrey berkata, jemputan kepada Peter dan Juil untuk menyertai STAR juga adalah salah satu usaha parti itu untuk menyatukan masyarakat KDM di Sabah.

“Masyarakat KDM yang bersatu padu baik untuk Sabah. Saya juga mahu mengajak ADUN Inanam, Peto Galim (PKR) dan bekas ahli Parti Cinta Sabah (PCS) untuk menyertai kami supaya kita dapat bekerja bersama untuk membentuk masa depan negeri ini,” katanya

Dr Jeffrey Kitingan berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti baharu yang menurutnya telah banyak parti politik wujud di negeri ini berasaskan KDM dan ia akan menimbulkan masalah jika terlalu banyak parti tempatan.

“Saya berharap ini tidak akan berlaku kerana mereka juga berhasrat untuk mesra kepada kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) selain mengukuhkan lagi kerajan Sabah.

“Saya mungkin akan berjumpa dengan mereka (Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantin) selepas dihubungi oleh pihak ketiga,” katanya.

Jeffrey berkata demikian bagi mengulas jika ada maklum balas berhubung pelawaan beliau semalam yang mahu kedua-dua ADUN berkenaan menyertai STAR.

“Kita tidak tahu bila tetapi anggaplah bila-bila masa boleh berlaku PRU-15.  Sudah pasti kita tidak mahu ada pertembungan.

Peter Anthony perlu diuji

Sebelum STAR atau mana-mana komponen dalam PN mempelawa Datuk Peter menyertai GRS, GRS perlu menguji kesetiaan dan kesanggupannya menyertai GRS.

Jangan tergesa-gesa menerima Peter dan melihat apa yang beliau sanggup lakukan selain dari keluar parti.

Semua tahu Peter merupakan orang kanan kepercayaan Datuk Seri Shafie Apdal dan pemegang dana parti Warisan. Beliau hanya berhadapan dengan dua kes mahkamah kes pecah Amanah duit RISDA dan kes penipuan dokumen palsu UMS. Kes dokumen palsu Shafie Apdal selaku Menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO ketika itu turut membuat surat sokongan.

[ARTIKEL BERKAITAN - Peter Vs Shafie: Peter larikan dana Warisan, heret Shafie kes rasuah? ]

Peter Vs Shafie: Peter larikan dana Warisan, heret Shafie kes rasuah?

Ini sejajar dengan saranan Dr Jeffrey Kitingan sebelum ini yang menggesa siasatan kes RISDA pada Ogos 2019. Kes itu telah didakwa di mahkamah jun 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu ]

Bagi mengelakkan Peter dianggap keluar Warisan untuk menyelamatkan diri daripada kes mahkamah adalah lebih baik menguji Peter agar beliau mendedahkan wajah sebenar siapa Datuk Seri Shafie Apdal termasuk menjadi saksi kepada kes rasuah Shafie yang sebelum ini ditangguhkan. 

Sepatutnya sekarang adalah peluang untuk Dr Jeffrey bekerjasama dengan Peter untuk mengheret bukti Shafie Apdal terlibat jika mahu melepaskan diri dan bersedia menjadi saksi kes utama kes RISDA itu. 

Kes pecah Amanah wang RISDA RM15.5 juta adalah jelas seperti bukti wang yang dimasukkan dalam akaun syarikat Peter Anthony, Budiman Juta Sdn Bhd , Asli Jati Engineering Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain pada tahun 2014.

Peter mesti tahu ke mana wang syarikatnya diberi termasuk komisen kepada Shafie Apdal. Paling tidak kes RM1.5b KKLW yang diselewengkan Shafie dan pegawai KKLW.

Jadi GRS mesti mendesak Datuk Peter mendedahkannya. Buktikan demi GRS Peter berani melakukannya.

 

 

3 Comments