6 mangsa bot karam berjaya diselamatkan, 3 lagi belum ditemui
14:01 Jan 02, 2022  |  By SabahKini2
6 mangsa bot karam berjaya diselamatkan, 3 lagi belum ditemui

Mangsa yang belum ditemui merupakan 3 adik beradik, Saiful Muhaimin (14), Adam Muhaimin (13), dan Saina Muhaimin (12), masih belum ditemui. Menurut maklumat awal, terdapat sembilan orang mangsa dalam bot terbabit dengan enam daripadanya telah berjaya dise

TAWAU: Tiga kanak-kanak yang juga adik beradik dikhuatiri lemas, manakala enam lagi selamat dalam kejadian bot karam di kawasan perairan Kampung Batu Payung, dekat Tawau, petang kelmarin.

Tiga adik beradik berkenaan, Saiful Muhaimin, 14; Adam Muhaimin, 13, dan Saina Muhaimin, 12, masih belum ditemui.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, bot yang membawa mangsa dipercayai berpatah balik dari Kampung Rawa-Rawa, sebelum karam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau Julius John Stephen Jr, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, maklumat awal yang diperoleh, terdapat sembilan orang mangsa dalam bot terbabit dengan enam daripadanya telah berjaya diselamatkan orang kampung.

“Tiga lagi mangsa yang juga adik beradik iaitu Saiful Muhaimin (14), Adam Muhaimin (13), dan Saina Muhaimin (12), masih belum ditemui,” katanya.

Julius berkata, gerakan mencari dan menyelamat turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selain penduduk kampung bersama 17 buah bot sebelum ditangguhkan, kira-kira jam 6.40 petang kelmarin kerana cuaca gelap akan diteruskan awal pagi tadi.

Comment