Azam Baki nafi skandal saham, syarikat tiada kaitan sebarang siasatan SPRM
11:01 Jan 06, 2022  |  By SabahKini2
Azam Baki nafi skandal saham, syarikat  tiada kaitan sebarang siasatan SPRM

Tidak ada masalah penjawat awam atau keluarganya membeli saham terbuka. Isu beli saham juga tahun 2015 dan Azam Baki bukan KP SPRM. Saham syarikat yang dibeli juga tiada kaitan dengan apa-apa siasatan SPRM. Azam sepatutnya bertindak balas kepada pemfitnah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiA (SPRM) menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Tan Sri Azam Baki berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa mencemar imejnya.

“Saya telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau, dan saya tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

“Saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya  menggunakan pembiayaannya dan saham syarikat yang dibeli tiada kaitan dengan siasatan polis, SPRM.

“Akhirnya, kesemua saham tersebut telah pun di pindahkan kepada akaun saham beliau,” katanya dalam satu Sidang Media Khas SPRM, di sini hari ini.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam sebuah lagi syarikat lain semasa memegang jawatan sebagai pengarah bahagian siasatan SPRM.

Tambahnya lagi, beliau tidak tampil untuk menjelaskan konflik tersebut kepada sebarang pihak awam kerana berpendapat dirinya tidak bersalah dan tiada sebarang conflict of interest.

“Sebenarnya, tiada keperluan pun untuk saya jelaskan kepada sesiapa. Sepertimana yang telah saya jelaskan kepada Pengerusi LPPR dan ahlinya, pembelian saham itu bukan dilakukan oleh saya, tetapi oleh adik saya yang meminjam akaun ketika itu.

“Namun, apabila saya diminta untuk menjelaskan perkara ini kepada LPPR, saya telah berbuat demikian dan telah memberi penerangan terperinci kepada mereka sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya hanya ‘answerable’ (bertanggungjawab) kepada LPPR,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun beliau tiada keperluan untuk mengisytiharkan urus niaga berkenaan kepada Ketua Jabatan, namun beliau mengambil inisiatif memaklumkannya dan mereka berpuas hati dengan urus niaga berkenaan.

Ditanya mengenai kenapa beliau membenarkan adiknya menggunakan akaun tersebut, kata Azam, beliau tidak melihat ia sebagai satu kesalahan.

“Sebab saya melihat ia tidak menjadi satu isu, membenarkan akaun digunakan oleh adik saya. Jadi, saya benarkan, siapa pun boleh menggunakan akaun untuk mebeli saham di pasaran terbuka,” katanya.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengawal ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini. Saya buat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasi saya,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akaun media sosial Edisi Siasat yang sejak beberapa bulan lalu mendakwa berlaku salah laku membabitkannya

Sebelum ini blog tajaan geng dalaman SPRM edisisiasatmy mendedahkan Azam Baki, adiknya dan anak Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM memiliki saham dalam Syarikat Gets Global Berhad (formally known as KBES Berhad) sebanyak 1,930,000 saham sehingga 30 April 2015 dan 1,029,500 saham sehingga 31 March 2016, selain waran saham  2,156,000 sehingga Mac 2016 dalam Excel Force MSC Berhad.

Pembelian saham awam terbuka bukan rahsia kerana
laporan direkodkan dalam laporan tahunan syarikat. Jika ia rahsia dan perlu disembunyikan untuk apa Azam membelinya

Namun bekas KP SPRM kesayangan PH zaman Dr Mahathir Tan Sri Abu Kassim yang dilantik sebagai  Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Kerajaan PH, anaknya bernama Mohamad Hazmi Abu Kassim yang memiliki saham bersama Azam Baki tidak pula dijadikan isu oleh MP Pakatan Harapan sekarang. 

Azam ketika itu hanyalah Pengarah Siasatan SPRM dan Abu Kassim adalah KP SPRM tidak mungkin Abu Kassim tidak mengetahui Azam dan anaknya miliki saham. Saham syarikat Gets Global Berhad dan Excel Force MSC Berhad yang dibeli juga tiada kaitan dengan siasatan kes SPRM oleh itu jelas tiada kepentingan Azam Baki berkaitan kes SPRM. Jika ada kepentingan pastinya Abu Kassim juga punya kepentingan. 

 

 

 

 

Comment