Mangsa banjir ditempatkan di PPS Sabah mencecah 3,264 orang
12:01 Jan 06, 2022  |  By SabahKini2
Mangsa banjir ditempatkan di PPS Sabah mencecah 3,264 orang

Statistik terbaru yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah menyaksikan 27 PPS masih dibuka di lima daerah, iaitu Kota Marudu, Pitas, Telupid, Paitan dan Sandakan.

KOTA KINABALU: Seramai 3,264 orang daripada 1,341 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi, susulan banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

Statistik terbaru yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah menyaksikan 27 PPS masih dibuka di lima daerah, iaitu Kota Marudu, Pitas, Telupid, Paitan dan Sandakan.

Kota Marudu mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,668 orang daripada 1,161 keluarga ditempatkan di 14 PPS.

Di Pitas, 319 orang daripada 120 keluarga masih ditempatkan di empat PPS, manakala 173 orang daripada 43 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Telupid.

Di Paitan pula, 54 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS dan 45 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sandakan.

Terdahulu, Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, kerajaan bercadang mewujudkan bangunan PPS khas bencana di setiap daerah di Sabah.

Katanya, pembinaan PPS seumpama itu penting berikutan kebanyakan daerah di negeri berkenaan sering mengalami banjir, terutamanya ketika musim tengkujuh.

“Musibah banjir di negeri ini sukar diramal dan apabila keadaan semakin buruk, banyak lokasi terjejas mengalami masalah PPS.

“Jika bangunan PPS ini menjadi keperluan utama, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkannya,” katanya.

Comment