Gabungan Sinovac dan dos penggalak Pfizer kurang berkesan lawan Omicron
21:01 Jan 06, 2022  |  By SabahKini2
Gabungan Sinovac dan dos penggalak Pfizer kurang berkesan lawan Omicron

Jelas pakar, gabungan dua vaksin tersebut menghasilkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding strain virus lain termasuk Delta.

DOMINIKA: Kumpulan penyelidik mendapati gabungan dua dos vaksin Sinovac dengan dos penggalak vaksin Pfizer kurang berkesan mencegah jangkitan varian Covid-19 Omicron.

Jelas pakar, gabungan dua vaksin tersebut menghasilkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding strain virus lain termasuk Delta.

Lapor Reuters, kajian tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Yale University, Kementerian Kesihatan Republik Dominika dan badan berkaitan.

Menerusi laporan yang ditulis oleh penyelidik tersebut, gabungan vaksin itu menghasilkan tindak balas antibodi mirip dua dos vaksin mRNA.

Tahap antibodi terhadap Omicron adalah enam kali ganda lebih rendah berbanding varian pertama.

Selain itu, antibodi yang dibentuk juga adalah dua kali ganda lebih rendah jika dibandingkan dengan varian Delta.-AGENSI

2 Comments