Miliki Saham 'Family Member' apa salah Azam Baki?
02:01 Jan 07, 2022  |  By SabahKini2
Miliki Saham 'Family Member' apa salah Azam Baki?

Mengapa pemimpin PH-DAP menyerang Azam Baki KP SPRM? Mereka sedar Azam bakal mengheret mereka. Maka mereka menyerang menggunakan isu saham. Apa salah Azam selaku penjawat awam miliki saham 'Family Member'? Ia benarkan pindaan secara adik-beradik &keluarga

KES AZAM BAKI APA YANG PH KECOHKAN?

Menjadi persoalan apabila kes membabitkan ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini hangat dibicarakan serta menjadi trending di media sosial

Mengapa kes  pemilikan saham membabitkan ketua pesuruhjaya SPRM itu dimana dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015 tiba-tiba menjadi isu besar, mengalahkan isu Bekas Gabenor Bank Negara dan suaminya serta dilihat lebih besar dari kes terowong di Pulau Pinang. 

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM. Pemilikan saham anak bekas KP SPRM Tan Sri Abu Kassim,  Mohamad Hazmi Abu Kassim yang dilantik Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) tidak pula dipersoalkan oleh mereka. 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Azam Baki nafi skandal saham, syarikat tiada kaitan sebarang siasatan SPRM ]

Dalam sidang media semalam, Azam berkata dia memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun dagangannya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam kedua-dua syarikat itu pada 2015 dan kemudiannya Saham itu telah dipindahkan kepada abangnya, Nasir Baki.

Namun telah timbul persoalan di kalangan netizen serta ditunggang pula oleh beberapa ahli politik yang medakwa Azam baki telah membuat kesalahan di bawah perkara (2),(5) bahagian 25 AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25

“ Orang yang membuka akaun sekuriti itu hendaklah membuat pengisytiharan dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah depositori pusat bahawa dia ialah pemilik benefisial bagi sekuriti yang didepositkan atau penama yang diberi kuasa (authorised nominees) atau mengikut mana-mana yang berkenaan.[Ins. Akta A1039:s.13]

Adakah Azam baki telah mendapat kebenaran dari SC, mengenai penukaran nama adiknya seperti yang dikehendaki di dalam akta berkenaan.

AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991 Perkara 25:

Susulan daripada krisis kewangan Asia pada 1997, Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 telah dipinda pada 1998. Antara pindaan yang dibuat ialah keperluan untuk menyatakan pemilik sebenar sekuriti di dalam akaun yang telah dibuka di bawah Authorised Nominee/ Penama Yang Diberi Kuasa. Ianya untuk memudahkan pihak Pegawal Selia untuk memantau penjual serta pembeli sekuriti di Malaysia.

Namun begitu, keperluan ini tidak dikuatkuasakan sepenuhnya kerana pemilik sekuriti dari luar negara masih tidak dinyatakan atau didedahkan sepenuhnya. Hanya pemilik akaun tempatan sahaja yang di dedahkan. Sebagai contoh; pemilik sekuriti yang di dagang/ di pegang di bawah organisasi seperti Morgan Stanley dan Merrill Lynch masih di rahsiakan dan tidak di dedahkan kepada umum kerana mereka berpegang kepada prinsip kerahsiaan pelanggan.

Di lain-lain negara, tiada keperluan sebegini. Prinsip kerahsiaan pelanggan amatlah dipegang kuat. Jika Malaysia terlampau menguatkuasakan keperluan akta tersebut, maka Malaysia bakal kehilangan ramai pelabur dari luar negara. Ini akan menyebabkan pasaran saham Malaysia jatuh merudum!

Untuk makluman, Di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 ini juga, pemindahan pemilikan sekuriti di kalangan ahli keluarga tidak memerlukan kelulusan dari Depositori Bursa. Boleh di baca di sini

Di dalam perkara ini jelas menyatakan di dalam perkara (B2), ahli keluarga (Tiada kelulusan awal daripada Bursa Depository diperlukan untuk melaksanakan pemindahan sekuriti)

Bursa Malaysia Depository hanya membenarkan pemindahan antara pihak yang memindahkan (orang yang memulakan pemindahan) dan pihak yang dipindahkan (orang yang menerima sekuriti yang dipindahkan), yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

* Ibu bapa
* Anak/Anak angkat
* Pasangan sah
* Abang/Adik lelaki
* Kakak/Adik perempuan
* Datuk & Nenek
* Cucu

Pendeposit individu juga boleh membuat pemindahan sekuriti daripada akaun CDS mereka yang dipegang secara terus atas nama pendeposit individu atau akaun penama yang dipegang oleh Penama Sah (iaitu pendeposit individu dinyatakan sebagai pemilik benefisial) kepada akaun CDS yang dipegang secara terus atas nama ahli keluarga mereka. 

Untuk rekod sehingga kini, hanya satu kes sahaja yang disabitkan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.

Iaitu pada 2011, satu kes melibatkan seorang pesalah yang telah membenarkan seorang bukan ahli keluarga untuk menggunakan akaun CDS beliau untuk dagangan saham.

Ini sekaligus menolak banyak dakwaan oleh mereka yang berkepentingan untuk melihat azam baki dilucutkan daripada jawatannya atas sebab saham itu ada kepentingan. Hakikatnya syarikat konglomerat itu tidak pernah pun disiasat SPRM atau berkaitan dengan tugasnya di SPRM. 

Oleh itu apakah sebab PH beria-ia mahu menjatuhkan Azam Baki? Mereka takut kemampuan Azam Baki membongkar rasuah PH dan pemimpin politik.  

CONTOH KLASIK SHOOT THE MESSENGER

Kes Azam Baki adalah satu contoh klasik tentang 'shoot the messenger'. Oleh kerana kepentingan diri untuk 'political survival' oleh sesetengah ahli politik tiada integriti dari mana-mana parti politik, maka mereka sanggup untuk menggunakan kaedah kotor dengan menjatuhkan imej serta menimbulkan persepsi buruk mengenai kredibiliti

Bukan lagi rahsia dalam SPRM,  TS Azam Baki merupakan peneraju siasatan mengenai kes projek terowong Pulau Pinang. 

Inilah puncanya. Pemimpin PH dan DAP  tahu, akan ada lebih ramai exco, anggota pentadbiran kerajaan PH ( Sewaktu menjadi kerajaan dahulu) , Exco Kerajaan Pulau Pinang yang akan didedahkan menerima imbuhan daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli  Pengarah Eksekutif Kanan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd. 

Malah Pada November 2021, ketika di soal siasat di Mahkamah Sesyen semasa perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng berkenaan projek terowong Pulau Pinang, DS Nazri Aziz mengaku menerima sumbangan RM500 ribu daripada Datuk Zarul Ahmad. Zarul juga mendedahkan Guan Eng meminta komisen 10% daripada keuntungan. Agaknya siapa lagi yang menerima 'sumbangan' untuk projek terowong Pulau Pinang? 

Malah pada ketika dan peluang ini, Azam Baki harus mendedahkan lebih banyak salah laku yang telah dibuat oleh Anggota kerajaan Pakatan Harapan dahulu, dan siapakah yang mempunyai banyak fail yang tergendala untuk dibuka ekoran pertukaran kerajaan terdahulu. Ini mungkin termasuk kes anak saudara Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang bernama Naveen Kularasa Rasiah yang juga bekas Setiausaha Politiknya ditahan SPRM 22 September 2017 dan direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah). Mungkin sebab itu Sivarasa berdendam dengan Azam Baki. 

Atau Azam Baki boleh saja membongkar kes rasuah suami Tan Sri Zeti Bekas Gabenor Bank Negara yang terang-terang menerima dana 1MDB sebagaimana disahkan SPRM apabila Singapura memulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti. Pemimpin PH sangat bimbang jika Zeti didakwa. 

Banyak contoh lain ketika PH berkuasa mereka melepas tanpa membebaskan ahli-ahli politik yang terpalit dengan tuduhan salah laku. Kes banglo Lim Guan Eng berjaya digugurkan. Malah kes-kes terowong hampir berkubur sehinggalah sekarang Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.  Kes rogol Adun Tronoh sempat dibuka, walaupun dia akhirnya bertindak keluar dari parti kerana mahu selamat. Begitu juga kes rasuah Dr Xavier Jayakumar bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang akhirnya keluar parti menyelamatkan dirinya

Mukhriz dan Saham Opcom

Bukan lagi rahsia sejak Dr Mahathir menjadi PM Mukhriz memiliki Opcom Holdings Bhd. Malah dua kali menjadi Menteri Besar Kedah Opcom masih milik Mukhriz dan isterinya. Mukhriz hanya acah-acah meletak jawatan. Memiliki 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan malah selepas 5 hari Tun Dr Mahathir dilantik PM7 oleh Kerajaa PH, Opcom Holdings memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM). Paling teruk Mukhriz sebagai MB dan Ahli Parlimen menipu mengisytiharkan harta  bersama isterinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426 sedangkan harta mereka melebihi RM37 juta

Apa yang perlu Azam Baki lakukan ialah esok dia perlu memulakan langkah menyelesaikan tugas-tugasnya.Heret pemimpin yang terlibat salah laku rasuah. Buka fail yang tertangguh melibatkan pemimpin PH dan pemimpin yang terlibat. 

 

 

 

4 Comments