242 kes baharu COVID-19 dicatatkan Sabah
15:01 Jan 07, 2022  |  By SabahKini2
242 kes baharu COVID-19 dicatatkan Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat daripadanya melepasi paras 20 kes iaitu Tuaran 35 kes, Kota Kinabalu 25 kes, Papar 23 kes dan Ranau 20 kes.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 242 kes baharu COVID-19 hari ini dengan hanya pengurangan tiga kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat daripadanya melepasi paras 20 kes iaitu Tuaran 35 kes, Kota Kinabalu 25 kes, Papar 23 kes dan Ranau 20 kes.

"Sejumlah 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan dua daerah tidak mencatatkan kes baharu.

"Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang, masing-masing 13 daerah," katanya.

Beliau berkata, Ranau merekodkan peningkatan kes yang paling tinggi iaitu 10 kes dan Kota Kinabalu pula mencatat penurunan paling besar dengan 18 kes berbanding jumlah hari sebelumnya.

Katanya, sejumlah 238 kes daripada 242 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

"Terdapat satu kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih lagi membuat penilaian ke atas satu kes," katanya.

Comment