Sabah merekodkan 199 kes baharu COVID-19
16:01 Jan 08, 2022  |  By SabahKini2
Sabah merekodkan 199 kes baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes baharu di Kota Kinabalu meningkat lebih dua kali ganda daripada 25 kes pada 7 Januari 2022 kepada 60 kes hari ini.

KOTA KINABALU: Hari ini Sabah merekodkan 199 kes baharu COVID-19 dengan pengurangan sebanyak 43 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kes-kes baharu di Kota Kinabalu meningkat lebih dua kali ganda daripada 25 kes pada 7 Januari 2022 kepada 60 kes hari ini.

"Tetapi adalah diperhatikan kecuali satu kes, 59 kes yang lain merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih.

"Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dalam kalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19 di Sabah hanya merekodkan empat kes baharu semalam berbanding 20 kes pada 7 Januari 2021.

"Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes," katanya hari ini.

Beliau berkata, seramai 195 kes daripada 199 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

Katanya, pesakit-pesakit Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan.

"Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4," katanya.

Comment