Singkir Christina Liew, 16 Ketua Cabang PKR Sabah desak Anwar bertindak segera
08:01 Jan 13, 2022  |  By SabahKini2
Singkir  Christina Liew, 16 Ketua Cabang PKR Sabah desak Anwar bertindak segera

Selepas 4 tahun kini desakan singkir Christina sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah lebih kuat. Christina lemah terlalu pro Shafie Apdal Warisan. Sarawak sudah ditanam. Sama ada PKR berkubur di Sabah atau singkir Christina!

KOTA KINABALU: Kemelut politik PKR Sabah yang bergolak menolak Christina Liew sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) terus bertambah buruk selepas 16 ketua cabang tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sabtu lalu.

Anwar Ibrahim nampaknya terus berkeras untuk memilih Christina Liew berbanding mendengar suara kepimpinan PKR Negeri yang terus menolak Christina.

Pengerusi Ketua-ketua Cabang PKR Sabah Simsudin Sidek baru-baru ini mendakwa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR sabtu lalu tidak cukup korum selepas 16 ketua cabang tidak hadir.

Bagaimanapun mesyuarat itu diteruskan selepas beberapa individu dilantik secara terus oleh Ketua PKR Sabah Christina Liew

“Merujuk kepada keputusan bersama yang dibuat sebelum ini, hari ini 16 Ketua Cabang PKR Sabah tidak menghadiri Mesyuarat MPN yang diadakan secara hibrid.

“Ini adalah sebagai tanda protes daripada ketua-ketua cabang yang telah menolak kepimpinan Christina Liew dan penolakan ini juga termasuk oleh Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Srikandi dan Ketua Skuad Sabah yang turut menolak kepimpinan Christina

“Saya telah dimaklumkan korum kehadiran mesyuarat hari ini tidak mencukupi namun diteruskan dengan memasukkan beberapa individu dan dilantik secara terus dan ini jelas merupakan tindakan yang sangat terdesak daripada Christina, saya mempunyai bukti kehadiran mereka yang berada di atas talian serta mereka yang hadir secara fizikal,” katanya dalam kenyataan.

Simsudin berkata, beliau juga telah dimaklumkan mengenai pengguguran Ketua Cabang Kota Belud Mustapha Sakmud selaku Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Katanya, pengguguran itu mungkin berlaku akibat kegagalan beliau membantu Christina mendapatkan sokongan majoriti Ketua-ketua Cabang PKR Sabah.

“Kini genap 20 hari selepas Mesyuarat Sekretariat Ketua-ketua Cabang yang sepatutnya dijadualkan bersama Anwar Ibrahim (Presiden PKR) di Kota Kinabalu sebelum beliau membatalkan perjalanan kerana bencana banjir di Semenanjung.

“Saya selaku Pengerusi Sekretariat Ketua-ketua Cabang mewakili 16 Ketua Cabang serta Ketua-ketua Sayap PKR Sabah menggesa Anwar Ibrahim segera menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera dan tidak diheret terlalu lama sehingga pemilihan parti yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Katanya, tindakan itu tidak memberi kelebihan kepada PKR.

Sebagaimana PKR di Sarawak yang akhirnya kalah semua di kerusi PRN Sarawak tidak mustahil PKR Sabah juga melalui perkara sama jika membiarkan Christina Liew sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)

Christina Liew juga dilihat lebih rapat dengan Shafie Apdal Presiden Warisan yang menyebabkan banyak kerusi PKR diserahkan kepada Warisan sekaligus merugikan PKR Sabah

Comment