Sabah mencatatkan 257 kes baharu COVID-19
16:01 Jan 13, 2022  |  By SabahKini2
Sabah mencatatkan 257 kes baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan lapan daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 257 kes baharu COVID-19 hari ini dengan sedikit penurunan sebanyak 23 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus merekodkan pertambahan kes dengan 65 kes iaitu 12 kes lebih tinggi berbanding semalam.

Katanya, secara keseluruhan lapan daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

"Terdapat 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian dengan dua daerah, Kinabatangan dan Ranau merekodkan pengurangan yang agak baik.

"Sembilan daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga daerah menunjukkan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran, Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala enam daerah kekal sebagaimana catatan semalam," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 254 kes dalam kategori satu dan dua. Terdapat dua kes dalam kategori tiga dan tiada kes dalam kategori empat dan lima.

Masidi berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih lagi membuat penilaian ke atas satu kes.

2 Comments