Bot karam di Kunak, bapa dan 2 anak mati lemas
15:01 Jan 14, 2022  |  By SabahKini2
Bot karam di Kunak, bapa dan 2 anak mati lemas

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua

KUNAK: Seorang bapa bersama dua anaknya ditemui meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Kg Hulu Madai dekat sini pada Khamis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki bot pam telah karam di perairan laut Tingkayu disebabkan ombak laut kuat semasa perjalanan menuju ke kunak.

“Hasil maklumat mendapati tiga mangsa telah ditemui oleh orang awam pada hari kejadian 13 Jan 2022 iaitu dua orang kanak-kanak, seorang lelaki Mohd Haizal Saujal,5, dan seorang perempuan Suriani Saujal, 3, telah ditemui lemas dan meninggal dunia manakala ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Kalsum Alam, 35, ditemui dalam keadaan selamat.

“Sementara mangsa terakhir juga bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Saujal Mangguna, 31, telah ditemui lemas oleh nelayan pada hari kedua kejadian iaitu 14 Jan 2022 pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mayat mangsa telah di bawa ke hospital Kunak oleh pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) Sabah serta orang awam. -SM

Comment