[VIDEO] Terence Naidu Adun DAP Perak positif dadah serbuan kelab Vegas Palazzo, Penang
20:01 Jan 14, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Terence Naidu Adun DAP Perak positif dadah serbuan kelab Vegas Palazzo, Penang

Ada macam-macam dalam DAP. Kaki pau 10%, kaki rogol, kaki ramas hinggalah kaki dadah. Kini giliran Terence Naidu, ADUN DAP Pasir Bedamar pula positif dadah. Di kala rakyat susah wakil rakyat DAP berfoya-foya jadi kaki dadah.

Terence Naidu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pasir Bedamar Perak diuji positif dadah ketika serbuan ke atas Kelab Vegas Palazzo Bandar Perai Jaya jam 11.40 malam tadi.

Difahamkan Adun tersebut adalah antara 48 ditahan ketika serbuan tersebut.

Adun DAP itu merupakan seorang peguam yang berusia sekitar 50-an dan merupakan kepimpinan parti di peringkat negeri.

 

Bagaimanapun menurut peguamnya RSN Rayer Terence Naidu dibebaskan daripada tahanan selepas ditahan semalam kerana didapati positif bahan terlarang. Beliau hadir prosiding reman hari itu dan membebaskan anak guamnya

“Polis meminta reman empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 48 yang ditahan dalam serbuan itu.

Inilah adun DAP dikala rakyat susah derita menghadapi Covid-19 mereka semua berhibur, minum mabuk dan hisap dadah.

 

 

 

5 Comments